SETIAP KLIK ANDA MEMBAWA MAKNA YANG BESAR KEPADA SAYA

Wednesday, December 29, 2010

KEPUTUSAN PIALA SUZUKI AFF 2010

 
Banyak yang diperkatakan menjelang final Piala Suzuki AFF 2010 yang menemukan Malaysia dan Indonesia buat kali ke-3 musim ini. Tidak kurang juga kata-kata sumbang dari penyokong Indonesia dengan isu laser. Fuhh akhirnya trofi Piala Suzuki AFF 2010 menjadi milik kita.

Baca seterusnya......

Rata-rata blog yang saya kunjungi membuat entry mengenai perlawanan merebut Piala Suzuki antara Malaysia dan Indonesia malam ini. Tapi apa yang ingin saya kongsikan tak ada kena-mengena langsung dengan Piala Suzuki tetapi mengenai sikap pemandu wanita. Wahai wanita, jangan melenting. Bukan nak kondem anda kerana saya juga wanita.

Baca seterusnya......
Friday, December 17, 2010

BERCUTI!!!

Terima kasih kepada rakan blogger saya kerana tidak jemu datang melawat serta membaca entry-entry saya. Saya ingin memaklumkan bahawa saya akan bercuti ke luar negara bermula esok dan akan kembali berblogwalking pada 28hb nanti, insya'Allah. Sepanjang saya bercuti, maaf awal-awal kerana tidak membalas kunjungan anda tapi harap-harap anda akan setia melawat saya setiap hari kerana saya baru mendapat BE pertama sepanjang menjadi blogger ini. 

Semoga dengan lawatan anda dapat memberi kenangan paling manis buat saya. Terima kasih kepada EN NUFFNANG kerana akhirnya memberi juga BE kepada saya. Sesungguhnya penantian saya amatlah bermakna. Hahaha.. Kepada rakan-rakan, mungkin kembalinya saya nanti, saya akan adakan satu contest yang hadiahnya berupa ole-ole yang bakal saya beli nanti. Buat pengetahuan semua, saya akan ke India. Banyak tempat yang akan dilawati antaranya salah 1 dari 7 keajaiban dunia - Taj Mahal. Doakan semoga saya dan keluarga selamat pergi dan selamat kembali. Amin..

Baca seterusnya......
Wednesday, December 15, 2010

SEDAPNYA BREAKFAST!

 
Enak rasanya bila makan hash brown, sosej, penkek mahupun telur hancur atau apa-apa jua jenis set sarapan segera sebagai sarapan pagi kan? Tapi tahukah amalan breakfast seperti ini mempunyai rahsia yang bakal mempengaruhi kesihatan anda?

Baca seterusnya......
Tuesday, December 7, 2010

KESAN BERSEMBANG LAMA DI TELEFON BIMBIT

 
Ramai yang suka bersembang@bergayut berjam-jam dengan telefon bimbit. Macam menjadi kebanggaan tambah-tambah lagi menggunakan telefon bimbit jenama terkini. Tapi tahukah anda ada kesan buruk di sebalik tabiat ini?

Baca seterusnya......
Friday, December 3, 2010

MATI KERANA TEKANAN???

Arghhhh tensionnya!!! Tahukah anda tekanan boleh mendorong kepada penyakit merbahaya seterusnya terdedah kepada kematian???

Baca seterusnya......
Wednesday, December 1, 2010

KEAJAIBAN AIR MATA

Air mata mengalir bukan hanya kerana duka malah ada juga yang mengalirkan air mata kerana gembira. Jika dulu wanita dan air mata tidak dapat dipisahkan, tetapi kini lelaki juga tidak janggal sekiranya mengalirkan air mata. Menagislah.. Keluarkan air matamu kerana .....dot...dot...dot.. Haa jom baca..!

Baca seterusnya......
Monday, November 29, 2010

TAPAK TANGAN PUNCA RAMBUT GUGUR???


Pelik kan bunyinya? Tapi itulah kenyataannya. Tahukah anda bahawa mengusap rambut dengan tapak tangan boleh menjadi punca rambut gugur? Ini kerana terdapat banyak kekotoran di tapak tangan yang melekat ke rambut dan kulit kepala telah melemahkan akar umbi rambut hingga terjadinya rambut gugur. Jadi lepas ni, janganlah usap rambut anda sendiri dan juga rambut orang lain [selalu usap rambut kanak-kanak] bagi mengelakkannya gugur dan rajin-rajinlah mencuci tangan anda selalu.. Dan bagi menjaga kebersihan rambut, rajin-rajinlah juga mencuci sikat rambut anda...

Baca seterusnya......
Sunday, November 28, 2010

TOLONG!!!!

NAK BERHENTI ROKOK...

 
Kita selalu dengar ayat dari seorang perokok yang berbunyi, nak berhenti merokok tapi tak dapat, macam mana nak berhenti merokok, dah cuba untuk berhenti tapi tak berjaya dan macam-macam lagi la. Tak tahulah mereka betul-betul memang nak berhenti atau sekadar bercakap aje! Kepada perokok, jom baca.

Baca seterusnya......
Friday, November 19, 2010

JOM AEROBIK!

 
Selalu kalau sebut saja aerobik, orang kaitkan ia sebagai satu senaman yang mampu menguruskan badan jika dilakukan secara konsisten. Tapi tahukah anda selain sebagai senaman,aerobik juga mampu mengatasi penurunan fungsi otak?

Baca seterusnya......
Tuesday, November 9, 2010

LELAKI SIHAT KERANA WANITA CANTIK???

 
Benarkah wanita cantik mempengaruhi kesihatan lelaki? Wahai lelaki, sila baca.

Baca seterusnya......
Sunday, October 31, 2010

KELANTAN CIPTA SEJARAH

 
Tahniah kepada pasukan Kelantan kerana telah menjadi juara. Gelaran Juara Piala Malaysia memang telah lama diidamkan. Akhirnya Red Warrior menjadi JUARA dengan kemenangan 2-1.

Baca seterusnya......
Thursday, October 28, 2010

NAMA MANJA

 
Apa nama manja anda? Adakah anda tahu nama manja orang di sekeliling anda terutamanya orang yang anda sayang? Tak tahu??? Nampaknya mulai hari ini anda kenalah ambil tahu nama manja orang sekeliling anda kerana......

Baca seterusnya......
Monday, October 25, 2010

WANITA DIEKSPLOITASI

 
Sekarang ni sibuk orang memperkatakan tentang wanita dieksploitasikan. Sensitiviti wanita tak diambil berat. Kecoh pasal filem yang tengah hangat di pawagam, Cuti Cuti Cinta lakonan Farid Kamil dan Nora Danish. Kecoh pasal dialognya..

Baca seterusnya......
Sunday, October 24, 2010

WABAK TIKUS DAN PENYAKIT LETOSPIROSIS

Sekarang ni ramai dah sedar tikus bukan sebarang haiwan tapi dikategorikan sebagai merbahaya. Banyak kawasan-kawasan perumahan mempunyai kesedaran tentang bahayanya penyakit bawaan tikus. Contohnya di kawasan perumahan saya, kempen menghapuskan wabak tikus dan penyakit letospirosis dan kempen kesihatan diadakan pada 24 Oktober 2010. Ia diadakan di kawasan rukun tetangga Pandan Glades anjuran bersama Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Pandan dan pastilah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Pandan, Yang Berhormat Dato' Sri Ong Tee Keat.

Baca seterusnya......
Thursday, October 21, 2010

DUIT

 
Duit duit... dimana kau duit? Apa cerita duit? Jom kongsi..

Baca seterusnya......
Friday, October 15, 2010

BAJET 2011


Bajet 2011 telahpun dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak di Parlimen petang tadi. Maka terjawab la sudah teka-teki yang bermain di firikan rakyat Malaysia. Jom usha balik bajet 2011....

Baca seterusnya......
Thursday, October 14, 2010

PROTON INSPIRA


Proton Inspira dikatakan nama bagi model terbaru kereta Proton yang menggantikan kereta Proton Waja. dan akan dilancarkan pada 10 November 2010.

Baca seterusnya......
Tuesday, October 12, 2010

PEMARAH MEMBAWA MAUT???

PERHATIAN KEPADA PEMARAH

Siapa yang tak pernah marah kan dalam dunia ini? Semua orang gerenti pernah marah. Tapi adakah anda seorang pemarah?

Baca seterusnya......
Monday, October 11, 2010

MAHER ZAIN

Kalau tanya siapa penyanyi yang jadi sebutan ramai sekarang ni, Maher Zain la jawabnya. Kat corong-corong radio pun lagu dia tengah meletup! Esok petang dia ke udara kat Sinar.fm bersama Linda Onn. Wah memang laris la artis hensem ni. Disini ada lirik lagu yang tengah meletup tu- Insya Allah. Jom layannnnn..

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astraYou’re the only one that showed me
the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

Baca seterusnya......

KALAU BERPACARAN

kalau berpacaran
memang banyak pantang larang
menjaga susila
ibu bapa adik abang
apabila berdua
carilah tempat yang terang
agar tidak pula
mencuba aksi terlarang

(korus)
boleh pandang-pandang
jangan pegang-pegang
duduk renggang-renggang
bertambah sayang

biar malu-malu
biar segan-segan
kerna malu itu perisai orang beriman

kalau berpacaran
jangan tunggu lama-lama
kalau dah perkenan ..
jumpalah ayah dan mama

hantarkan rombongan meminang
meminang dengan segera
kalau terlambat kasihmu disambar buaya

ulang korus..

yeah
kita sambung cerita
kalau kamu berdua
aku yang ketiga

aku penambah perasa
akulah pendarab nafsu serakah
hai teruna bikin perangai selamba
hati si dara kata tak apa.

berani buat terima padah
kalau tak sedia
ucap syahadah

Baca seterusnya......
Sunday, October 10, 2010

KENYATAAN RAJA AZURA

 
Selepas kecoh negara kita mengenai kes Raja Azura ke sesi kaunseling dan akhirnya kes penceraian Raja Azura dengan Adzmin Tan Sri Osman disahkan, sukar untuk kita dengar komen dari Raja Azura sendiri. Dan tiba-tiba ada satu kenyataan rasmi dari Raja Azura. Apakah itu? Haa sila baca..

Baca seterusnya......
Monday, October 4, 2010

PENGORBANAN BUAT KEKASIH

Pengorbanan buat kekasih..

berkorban apa saja.harta ataupun nyawa.itulah kasih mesra.sejati dan mulia.
Senikata dalam lagu nyanyian Allahyarham P.Ramlee dari filem Hang Tuah. Memang sedih tengok filem tu. Pengorbanan Hang Tuah untuk Sultannya. Tapi itu zaman Hang Tuah. Zaman kita, zaman sekarang, pengorbanannya lagi hebat. Bukan pengorbanan untuk suami atau isteri tetapi pengorbanan untuk kekasih. Apa bentuk pengorbanan? Puas hatikah berkorban untuk kekasih? Berbaloikah?

Baca seterusnya......
Friday, October 1, 2010

TIPS KEKASIH BLUR

APABILA KEKASIHKU SEORANG YANG "BLUR"
Bagaimana cara mengatasi kekasih yang "blur"? Haa disini ada tipsnya..

Baca seterusnya......

Untung ke?
Senang ke nak cari market?
Boleh ke bersaing dengan kedai luar?
Inilah yang bermain di fikiran saya bila buka blog kawan-kawan yang menjual apa-apa la di blog mereka. Ada yang jual cenderamata, kain batik, baju kurung, shawl @ selendang, tudung dan macam-macam lagi la..! Untung ke mereka ni? Siapa pembeli mereka? Ada sesiapa boleh tolong jawab?

Baca seterusnya......


Baca seterusnya......
Saturday, September 25, 2010

KEKASIH PEMARAH?

TIPS TANGANI KEKASIH PEMARAH

Bagaimana cara untuk menangani kekasih yang pemarah? Mungkin ada yang beruntung mempunyai kekasih yang penyabar tapi buat yang mempunyai kekasih yang pemarah, jom baca tips ini..

Baca seterusnya......
Thursday, September 23, 2010

EPISOD AKHIR EPILOG SYURGA CINTA

Drama Epilog Syurga Cinta yang ditayangkan di TV3 di slot Akasia telah pun tamat hari ini. Drama bersiri ini diadaptasi dari filem Syurga Cinta yang dilakonkan oleh Heliza, Awal Ashaari dan adik Haziq. Tapi untuk drama Epilog Syurga Cinta, watak-wataknya digantikan oleh dilakonkan oleh para pelakon yang hebat seperti Zizan Nin, Fida dan pelakon cilik adik Mia Sara. Apakah ending drama ini? Siti Syuhada bertemu jodoh dengan Irham atau Ustaz Riyan yang jadi pilihan hati? Dimanakah anak Xerra dengan Irham? Atau adakah  Irham dengan Xerra akan berkahwin? Adakah Puan Seri Mahani akan insaf?

Baca seterusnya......
Wednesday, September 22, 2010

PEMBUNUH SYAFIAH HUMAIRA KE TALI GANTUNG

Pemandu teksi yang menyebabkan kematian kanak-kanak, Syafiah Humaira yang merupakan anak teman wanitanya, Siti Nurhanim Aziz dihukum gantung hari ini. Tertuduh, Mohd Fazli Azri dijatuhkan hukuman tersebut yang jatuh pada hari ulang tahunnya yang ke-28 hari ini.

Baca seterusnya......
Tuesday, September 21, 2010

1 KELUARGA MENCURI DI AL-IKHSAN

 
Tergamam, terkejut, lucu, rasa nak tergolek gelak dan macam2 lagi perasaan bercampur-baur bila tengok makcik ni mencuri. Hebat taktik dia. Tak percaya sila tengok dan komen la apa pendapat korang! Ops jangan curi guna taktik ini ye...!

Baca seterusnya......
Monday, September 20, 2010

NORMAN RUJUK ABBY ABADI?

Belum pun reda pasal tuntutan hutang hantaran berjumlah RM11,111.00, Abby Abadi dedahkan lagi satu isu mengenai bekas suaminya, Norman Hakim yang dikatakan ingin rujuk semula dengannya pada tahun ini. Kiranya masa dengan Memey Suhaiza, Norman masih mencuba nasib dengan Abby la? Mungkinkah faktor nak tunggu jawapan dari Abby yang buat Norman lambat untuk buat keputusan titik hubungannya dengan Memey atau mungkinkah kerana jawapan tidak dari Abby buat Norman mengikat tali pertunangan dengan Memey?

Baca seterusnya......

Semua lelaki boleh bergelar suami tetapi bolehkan bergelar suami soleh? Apakah ciri yang terdapat pada suami soleh?

Baca seterusnya......
Saturday, September 18, 2010

M. RAJOLI MENINGGAL DUNIA


M Rajoli meninggal dunia semalam..

Baca seterusnya......
Friday, September 17, 2010

HUTANG WANG HANTARAN


BEZA ANTARA WANG HANTARAN DENGAN BELANJA PERKAHWINAN

Apa beza wang hantaran dengan belanja hantaran? Akhbar harian ada memaparkan isu tuntutan hutang wang hantaran yang melibatkan pelakon popular, Abby Abadi dengan bekas suaminya yang juga pelakon, Norman Hakim yang berjumlah RM11.111.11. Tetapi perkara itu dinafikan oleh Norman Hakim. Apa kata Norman Hakim?

Baca seterusnya......

Kita sering dengar tentang kisah cinta yang tidak kesampaian akibat ketiadaan restu orang tua. Bertahun-tahun menjalinkan hubungan namun akhirnya tetap tak dapat bersatu lantaran tentangan dari ibu bapa. Memanglah ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak mereka tapi tak kurang juga tentangan akibat hal remeh-temeh seperti asal usul pasangan anda contohnya pasangan anda berasal dari negeri-negeri yang ibu bapa anda tidak suka seperti Utara ataupun Pantai Timur. Malah ada juga calon pasangan anak-anak yang diREJECT sebab penampilan mereka. Contohnya tidak bertudung. Memanglah orang tua inginkan pasangan anak mereka baik disisi agama tetapi harus diingat tidak bertudung sekarang,tidak bermakna selamanya begitu. Dan harus faham, tidak bertudung tidak bermakna tidak baik dan bertudung bukan bermakna baik kerana zaman sekarang tudung ni lebih kepada fesyen. Jika ini berlaku kepada anda, bagaimana untuk mengatasinya?

Yang pertama, tunjukkan fakta dan buktikan bahawa pilihan anda tepat. Bila ibu bapa bantah pilihan anda secara terang ataupun kiasan, jangan pula anda naik angin. Bincanglah dengan kepala yang dingin dan penuh kekeluargaan. Mungkin selama ini mereka salah faham sikap pasangan anda. Tunjukkan bukti bahawa pilihan anda tepat. Yang kedua, tunjukkan bahawa kasih sayang anda terhadap ibu bapa tidak akan berubah. Ada ibu bapa yang taknak restu niat anak mereka yang ingin mendirikan rumah tangga kerana bimbang mereka akan diabaikan oleh si anak lepas berkahwin. Tidak kurang juga ibu bapa yang tidak merestui kerana cemburu memikirkan kasih sayang anda terhadap mereka akan berkurangan kerana akan dilebihkan kepada pasangan. So, pandai-pandailah tunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa. Yakinkan mereka bahawa anda akan memperoleh kebahagiaan yang tak ternilai sekiranya mereka dapat menerima dan menyayangi pasangan anda sebagaimana mereka menerima dan menyayangi diri anda. Yang ketiga, pandai baca situasi. Ketika anda ingin menyuarakan hasrat untuk berumah tangga, pastikan masa yang anda pilih itu tepat. Janganlah anda suarakan niat anda di kala ibu bapa tengah tension, sah-sah niat anda akan dapat jawapan negatif. Sebaiknya pilihlah waktu mereka sedang bergembira meraikan sesuatu. Yang keempat, usahakan untuk lebih mengenali. Sebagai anak, pasti kita dapat 'baca' reaksi ibu dapa sama ada mereka suka atau tidak pasangan kita melalui cara dan mimik muka mereka. So, kalau pasangan datang rumah dan ibu bapa buat derk aje, paham-paham la apa maknanya. Buatlah sesuatu seperti mendekatkan pasangan dengan orang tua supaya dapat saling lebih mengenali agar dapat mengubah persepsi orang tua kita terhadap pasangan kita. Saya pasti orang tua anda tidak kenal pasangan anda. Paling bagus tahu nama pasangan anda, apa pekerjaannya dan asal orang mana. Mungkin 3 perkara itu sahaja yang orang tua anda tahu tentang pasangan anda. Jadi anda perlu mendekatkan mereka supaya boleh saling mengenali dengan lebih dekat. Yang terakhir dan yang paling penting, saling memberi sokongan. Apa jua yang terjadi, berpegang teguhlah kepada komitmen anda dan pasangan. Komitmen anda, rasa saling menghormati serta berkomunikasi akan membantu anda dalam mengatasi persoalan dalam keluarga. Jangan terbelenggu dengan tekanan perasaan  atau stress sehingga mampu menggoyahkan hubungan anda berdua. Apabila wujud masalah begini, kerjasama anda amat diperlukan kerana jika 1 pihak sahaja yang berusaha, tak akan menjadi. Rendahkan ego dan selamat mencuba.

Baca seterusnya......
Thursday, September 16, 2010

SENARIO ASAM GARAM


Semua sedia maklum hari ini Hari Malaysia, cuti umum. Ramai yang ambil kesempatan keluar beraya atau bersiar-siar. Sama juga saya, pergi bersesak-sesak ke Mid Valley untuk menonton filem kita, Senario Asam Garam. Korang dah tonton ke belum filem ini? Apa agaknya pendapat korang?

Baca seterusnya......

Pelakon Norman Hakim, 34, atau nama sebenar beliau Mohamed Norhakim Zaidon, dengan Suhaiza Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Memey, 22, selamat melangsungkan pertunangan di kediaman Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1 pada 13 September lalu. Pada majlis yang bermula pada pukul 4.30 petang itu, rombongan lelaki membawa lima dulang hantaran dan pihak perempuan membalasnya dengan tujuh dulang hantaran. Spekulasi hubungan cinta mereka akhirnya disahkan dengan pertunangan ini. Menurut Memey, mereka akan berkahwin selewat-lewatnya awal tahun depan. Tapi disebalik berita gembira ini, terselit satu kisah yang memalukan.. Apa cer???

Baca seterusnya......

 
Sejak jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dilaporkan hilang, bermacam andaian telah dibuat oleh pelbagai pihak. Pelbagai motif diperkatakan. Antaranya peras ugut dimana Sosilawati dikatakan pernah diugut , diacukan pisau oleh suami bekas pekerjanya yang diberhentikan kerana masalah peribadi beberapa bulan lalu, menurut adik ipar Sosilawati, Muslimah Shawan. Disini ada kronologi kehilangan dan pembunuhan kejam Sosilawati.

Baca seterusnya......
Wednesday, September 15, 2010

IKLAN LUCU

 
Hahaha kesian mamat tu.. Jangan mudah percaya cakap orang..

Baca seterusnya......
Monday, September 13, 2010

TIPS HILANGKAN TEKANAN KETIKA BEKERJA

Selamat kembali bertugas kepada mereka yang dah habis cuti raya. Disini ada tips untuk hilangkan tekanan ketika bekerja. Jom tengok!

Baca seterusnya......
Tuesday, September 7, 2010

SELAMAT HARI RAYA

Satu SMS Seribu Makna


Tinggal berapa hari saja nak raya. Selamat hari raya diucapkan. Sudahkah anda mengucapkan selamat hari raya kepada teman-teman anda? Mungkin sebelum balik kampung ada buat salah ke.. Paling tidak, kirimkan sms tanda ingatan. Mungkin ada yang beranggapan, apa kelas sms! Eh jangan cakap camtu...

Baca seterusnya......
Saturday, September 4, 2010

KATY LIM HINA ISLAM

Lagi bermain dengan sentimen agama. Kali ini Katy Lim pula. Setujukah anda kerana tiada hukuman berat terhadap Wee Meng Cheec @ Namewee maka kejadian serupa ini akan muncul dan muncul lagi? Apa nak takut? Bukan kena apa-apa pun. Tapi kita yang baca@dengar ni yang panas hati. Apa cerita semua ni?

Baca seterusnya......

Aida Aris telahpun selamat menjadi isteri kepada Husfarid Shaikh Ali @ Shaikh Hussain, 38, di kediaman pengantin perempuan pada pukul 10.45 pagi tadi di Taman Sierra Ukay.

Baca seterusnya......


Anda putus cinta? Usaplah air mata. Ada baiknya putus cinta ni.. Jom tengok!

Baca seterusnya......
Friday, September 3, 2010

Adik Cuma Tanye Je Ibu

 
Untuk renungan bersama.

Baca seterusnya......

Episod akhir Janji Kekasih slot Zehra di tv3 malam ni. Baru aje habis. Tamat la sudah cerita yang buat ramai orang tercongok depan tv tiap hari Jumaat. Apa ending dia?

Baca seterusnya......

Seminggu sebelum menjelang hari raya, ramai dah mula nak balik kampung. Jom semak tips keselamatan jalan raya. Biar selamat pulang ke kampung dan selamat kembali bertugas.

Baca seterusnya......

 
Jangan panggil orang GEMUK walaupun realitinya beliau gemuk. Jangan menyinggung perasaan diorang walaupun kadang-kadang niat kita cuma nak bagitahu dia semakin berisi. Janganlah menggunakan perkataan gemuk, debab, tembun, montel, tembam, dan apa-apa jua perkataan yang sama erti dengannya. Kenapa???

Baca seterusnya......
Wednesday, September 1, 2010

TERAPI MENANGIS

Jangan pandang rendah kuasa airmata seorang manusia bergelar wanita apabila menangis!

Baca seterusnya......


Kisah panas rumah tangga Roslin Hashim,35, berakhir selepas Mahkamah Rendah Syariah di sini, mengesahkan lafaz cerai yang dilafazkannya terhadap Norhayati Othman,38, kira-kira sebulan selepas perkahwinan.

Baca seterusnya......


Hari raya tahun ini membawa kelainan kerana kita berpeluang menyaksikan drama raya lakonan penyampai radio Suria.fm iaitu Linda Onn. 

Baca seterusnya......

Pelakon Aida Aris akan menamatkan zaman jandanya pada Sabtu ini dengan seorang duda beranak dua yang dikenali sebagai Husrafid Sheikh Ali...

Baca seterusnya......
Tuesday, August 31, 2010

MEMEY SUHAIZA DAN NORMAN HAKIM BERTUNANG



Akhirnya hubungan percintaan pasangan artis yang penuh kontroversi, Memey Suhaiza dan Norman Hakim akan dikukuhkan lagi dengan ikatan pertunangan.

Baca seterusnya......
Monday, August 30, 2010

KERANA AWAK CINTA YANG TERPILIH


CINTA adalah lautan masalah. Aku lemas. Tidak bolehkah cinta itu manis sepanjang masa?

Baca seterusnya......


Hero Nur Kasih yang bertubuh sasa, Remy Ishak kini mengembangkan bakat dalam bidang nyanyian pula. Lagu apa Remy Ishak nyanyi? Terbitkan album duet dengan Maya Karin ke? Ops! Jangan marah..

Baca seterusnya......
Sunday, August 29, 2010

KAD RAYA ATAU SMS RAYA?


Sedar tak sedar dah hampir sebulan kita nak sambut Syawal. Kalau dulu, hari pertama Ramadhan aje dah sibuk beli kad raya.., 

Baca seterusnya......