SETIAP KLIK ANDA MEMBAWA MAKNA YANG BESAR KEPADA SAYA

Thursday, September 16, 2010

PEMBUNUHAN SOSILAWATI

 
Sejak jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dilaporkan hilang, bermacam andaian telah dibuat oleh pelbagai pihak. Pelbagai motif diperkatakan. Antaranya peras ugut dimana Sosilawati dikatakan pernah diugut , diacukan pisau oleh suami bekas pekerjanya yang diberhentikan kerana masalah peribadi beberapa bulan lalu, menurut adik ipar Sosilawati, Muslimah Shawan. Disini ada kronologi kehilangan dan pembunuhan kejam Sosilawati. Pada 30 Ogos 2010, Sosilawati meninggalkan pejabat bersama pembantu peribadinya, Kamal dan terus dilaporkan hilang setelah gagal dikesan selepas pergi ke Banting untuk urusan pembelian tanah. Kemudian polis menemui kereta BMW X5 milik Sosilawati yang ditinggalkan di tempat letak kereta Flat Angsana USJ 1, Subang Jaya jam 9.45 malam pada 6 September 2010. Tangkapan pertama dibuat pada 10 September 2010 membabitkan empat lelaki dan seorang wanita berumur 19 hingga 45 tahun di ladang ternakan ayam di Tanjung Sepat. Tangkapan kedua pada keesokan harinya, 11 September 2010 melibatkan seorang peguam bergelar Datuk berusia 41 tahun dan adiknya berusia 38 tahun di kediaman mereka di Banting. Tangkapan ketiga pula dibuat pada 12 September melibatkan seorang remaja wanita berusia 19 tahun di ladang berkenaan. Susulan tangkapan tersebut, 4 mengaku bunuh dan bakar Sosilawati. Semoga yang bersalah dihukum setimpal dan roh arwah Sosilawati ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

0 comments: