Pemandu teksi yang menyebabkan kematian kanak-kanak, Syafiah Humaira yang merupakan anak teman wanitanya, Siti Nurhanim Aziz dihukum gantung hari ini. Tertuduh, Mohd Fazli Azri dijatuhkan hukuman tersebut yang jatuh pada hari ulang tahunnya yang ke-28 hari ini.
Hakim menolak semua dakwaan tertuduh yang mendakwa Humaira terjatuh motosikal, terhantuk dinding tandas dan juga dakwaan tertuduh yang mengatakan beliau dalam keadaan khayal dan lalok akibat ganja dan dua botol minuman keras Guiness Stout mengakibatkan beliau tidak dapat ingat apa-apa mengenai kejadian di padang bola Februari lalu. Sementara itu, ibu Syafiah Humaira yang turut hadir berkata, beliau tidak marah pun pada tertuduh kerana tertuduh tidak berniat untuk membunuh anaknya dan mengakui masih sayangkan tertuduh. Syafiah Humaira adalah anak kedua Siti Nurhanim, hasil perkahwinannya dengan seorang anggota polis, Sahari Usul yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh bagi kesalahan membunuh. Anak sulung mereka bernama Shafiq Haikal. Siti Nurhanim juga mempunyai seorang lagi anak, Shakimie Iqbal bersama tertuduh.
12 comments:
baguslahh
orang yang membunuh patut dihukum gantung..
tertunggu2 aku orang yang bunuh sosilawati n beberapa orang len dihukum gantung...
Alhamdulillah..dia dapat hukuman yang setimpal dgn perbuatannya!
dua dua sama je.
mengong.. padan muka beliau..
bgus la. akhirnye trhukum jgak die ni.
tp dh bape byk kes bunuh budak? x henti2. dh bape rmai yg dh kne gntung?? tp ade gak yg masih melakukan perkara kejam ni. di mana silapnya? fikir2kan la.
baru ko tau tinggi rendah langit..hari tu ko belasah budak kecil je tu...skg cuba ko belasah pulak undang2 tu....tak ke ke tali gantung tu
aku rasa pompuan tu bermasalah jugak la...
memang patut pon kena gantung
kesian.hee.
aku tak faham nih weyh..
"Siti Nurhanim juga mempunyai seorang lagi anak, Shakimie Iqbal bersama tertuduh." dia dapat anak dengan kekasih dia?? so maknenye diorg lom kawen and dapat anak??ish33
camne org yg bole bunuh anak dia tapi dia masih kata dia sayang kat mamat tu...
da bnuh ank die p0wn still lg syg?
sah2 cinta itu buta..haha!
Post a Comment