Semua lelaki boleh bergelar suami tetapi bolehkan bergelar suami soleh? Apakah ciri yang terdapat pada suami soleh?
Solehkah anda? Opss!
- Mentaati ALLAH dan Rasul dengan mengerjakan segala perintah dan menjauhi segala larangan
 - Mendirikan rumah tangga semata-mata kerana ALLAH
 - Melayani dan menasihati isteri dengan sebaik-baiknya
 - Menjaga hati dan perasaan isteri
 - Sentiasa bertolak-ansur dan tidak minta sesuatu di luar kemampuan isteri
 - Bersabar dan menghindari daripada memukul isteri dengan pukulan yang memudaratkan
 - Tidak mengeji isteri di hadapan orang lain dan tidak memuji wanita lain di hadapan isteri
 - Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati terbuka
 - Mengelakkan daripada terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia akan menjejaskan imej dan prestasi suami sebagai pemimpin
 - Memberi nafkah kepada keluarga ikut kemampuan
 - Menyediakan keperluan dan tempat tinggal yang selesa
 - Bertanggungjawab mendidik akhlak keluarganya
 - Sentiasa mengambil berat atas keselamatan mereka
 - Memberikan kasih sayang dan berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan bersama
 


3 comments:
moga saya dapat suami soleh macam ni.. ameen
sukar dicari golongan mereka ini pada akhir zaman ni.. hurmm..
harap sop boleh jadi suami yg soleh, amin
Post a Comment