SETIAP KLIK ANDA MEMBAWA MAKNA YANG BESAR KEPADA SAYA

Wednesday, September 1, 2010

PENCERAIAN ROSLIN HASHIM DISAHKAN


Kisah panas rumah tangga Roslin Hashim,35, berakhir selepas Mahkamah Rendah Syariah di sini, mengesahkan lafaz cerai yang dilafazkannya terhadap Norhayati Othman,38, kira-kira sebulan selepas perkahwinan.
Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad mensabitkan lafaz talak berbunyi “I cerai you-lah” yang dilafazkan Roslin, pada pukul 8.32 malam, di bilik nombor 533, Hotel Corus, di sini, sebagai lafaz yang jelas ditujukan kepada Norhayati. Hakim juga berkata, mahkamah melihat perceraian ini sebagai sesuatu yang menyedihkan dan mengejutkan banyak pihak kerana berlaku dalam jangka masa yang singkat. Apatah lagi, perkahwinan ini berlaku di hotel dan juga berakhir di hotel.
Berhubung dakwaan Roslin bahawa wujud unsur paksaan sehingga dia melafazkan cerai, Wan Mahyuddin memutuskan dakwaan itu tidak diterima memandangkan ia hanyalah paksaan lisan yang tidak mendatangkan kemudaratan. Wan Mahyuddin turut menyelitkan peringatan buat Roslin dan umat Islam supaya tidak melafazkan cerai di luar mahkamah untuk mengelakkan kemudaratan, selain perkara yang paling dibenci oleh Allah itu seharusnya dibuat dalam keadaan yang harmoni.