SETIAP KLIK ANDA MEMBAWA MAKNA YANG BESAR KEPADA SAYA

Wednesday, September 1, 2010

DRAMA RAYA LINDA ONN


Hari raya tahun ini membawa kelainan kerana kita berpeluang menyaksikan drama raya lakonan penyampai radio Suria.fm iaitu Linda Onn. 
Bukan 1 malah 2 drama raya yang Linda Onn berlakon. Linda Onn bakal muncul dalam drama 'Cinta Lemang & Raya', arahan Azwan Ali, dan 'Pak Nil Ibu Kirim Salam’ yang diarahkan Mawi, yang buat pertama kalinya mencuba bidang pengarahan. Linda Onn mengakui seronok berlakon tetapi beliau bukanlah pelakon sepenuh masa. Tawaran tersebut diterima kerana kebetulan ada masa. Semoga Linda Onn berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.. Hehe banyak sangat bidangnya, perniagaan, penyampai radio, pelakon, pengacara dan yang terkini penyanyi. Lagu raya nyanyian penyampai-penyampai Suria.fm dah keudara kat stesyen radio tersebut.

0 comments: