SETIAP KLIK ANDA MEMBAWA MAKNA YANG BESAR KEPADA SAYA

Saturday, September 4, 2010

PERNIKAHAN AIDA ARIS

Aida Aris telahpun selamat menjadi isteri kepada Husfarid Shaikh Ali @ Shaikh Hussain, 38, di kediaman pengantin perempuan pada pukul 10.45 pagi tadi di Taman Sierra Ukay.

Aida Aris dan Husfarid Shaikh Ali dinikahkan oleh Ustaz Daim Jajuli, pegawai tadbir dan pendaftar kanan dari Pejabat Agama Islam Gombak Timur, Keramat berwalikan abang Aida, Amiruddin Mat Aris, 42, dengan mas kahwin RM330. Aida dinikahkan oleh Ustaz kerana difahamkan bapanya uzur. Aida turut menerima hantaran berupa sebentuk cincin daripada pihak lelaki dan membalas kepada pasangannya dengan hantaran yang sama. Sementara itu, majlis resepsi mereka akan berlangsung pada malam ini  juga di kediaman Aida dengan bertemakan warna merah dan putih. Mungkin dah selesai waktu ini. Selamat pengantin baru buat Aida Aris dan suami. Semoga bahagia akhir hayat.

1 comments:

Afiq Din said...

moga kekal ke anak cucu..