SETIAP KLIK ANDA MEMBAWA MAKNA YANG BESAR KEPADA SAYA

Friday, September 3, 2010

EPISOD AKHIR JANJI KEKASIH

Episod akhir Janji Kekasih slot Zehra di tv3 malam ni. Baru aje habis. Tamat la sudah cerita yang buat ramai orang tercongok depan tv tiap hari Jumaat. Apa ending dia?
Memang sedih. Sangat-sangat sedih. Tak tahu la kalau saya yang emosional. Tapi cerita ni memang buat airmata mengalir laju. Karina lakonan Jue Aziz yang dulunya hidup bebas dan sosial telah dibukakan pintu hatinya untuk bertaubat. Tapi kemudian dia disahkan mengidap penyakit kronik. Paru-parunya hancur gara-gara kehidupan masa silam yang kuat merokok dan minum arak. Part yang best apabila cinta Karina terhadap Syah berbalas. Suspen bila Syah bincang dengan parent dia untuk kahwini Karina, biar senang nak jaga, parent pun dah setuju, tup tup tup Karina meninggal. Yang paling sedih, saat-saat kematian Karina. Kata-kata akhir Karina - jangan cintai saya melebihi dari awk mencintai Allah dan Rasul-Nya.. Semoga ada la pengganti cerita Janji Kekasih yang lebih baik atau setanding dengan cerita Janji Kekasih. Kepada yang terlepas tengok cerita ni, boleh tengok di www.tv3.com.my

3 comments:

aJa said...

sedey kn..
best..
xpuas tgk..

Atsuko said...

citer yg berkualiti...
thumb ups!!

Just a random girl... said...

Laaaa, ayu raudah dengan sapa ya? Tak sempat tengok episod akhirnya, huhuhu