SETIAP KLIK ANDA MEMBAWA MAKNA YANG BESAR KEPADA SAYA

Friday, September 3, 2010

TIPS KESELAMATAN JALAN RAYA

Seminggu sebelum menjelang hari raya, ramai dah mula nak balik kampung. Jom semak tips keselamatan jalan raya. Biar selamat pulang ke kampung dan selamat kembali bertugas.

Tips untuk yang berkereta
Tips pertama
Periksa kenderaan anda terutama bahagian brek dan tayar. Seeloknya pergilah hantar servis kenderaan anda.

Tips kedua
Dapatkan rehat yang secukupnya dan mulakan perjalanan mengikut waktu yang sesuai bagi anda. Jangan pula kerana nak cepat sampai ke kampung, sanggup mulakan perjalanan selepas pulang dari kerja. Pastikan anda berehat dulu.
Tips ketiga
Bagi yang beragama Islam, biasakan diri dengan membaca doa menaiki kenderaan sebelum memulakan perjalanan. Ajarlah anak-anak anda turut serta berdoa.
Tips keempat
Jangan lupa pakai tali pinggang keselamatan tidak kira bagi pemandu mahupun penumpang. Kebanyakan kemalangan yang jadi teruk sebab tak pakai tali pinggang keselamatan. Tahu kan apa fungsi tali pinggan keselamatan? Takkan tak biasa tengok iklan kot?

Tips kelima
Berhemah di jalan raya. Patuhi tanda-tanda yang telah ditetapkan seperti had laju dan lorong memotong.

Tips keenam
Berehat seketika jika mengantuk.


Tips untuk yang menunggang motosikal
Tips pertama
Pakai pakaian yang tebal seperti jaket, seluar jeans dan sarung tangan.

Tips kedua
Pastikan helmet anda mempunyai 'visor' dan tidak gelap untuk menunggang di waktu malam.

Tips ketiga
Sediakan perkakas seperti spanar, playar, pemutar skru, lampu suluh, baju hujan dan sebagainya.

Tips keempat
Periksa segala komponen penting motosikal anda. 

Ini adalah sebahagian tips keselamatan jalan raya yang mudah tapi SERING diabaikan. Jika anda ada tips lain, jangan lupa share. Untuk peringatan kita bersama. Berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang tersayang.

1 comments:

Dayat said...

patuhi undang2 jalanraya sempena musim perayaan