SETIAP KLIK ANDA MEMBAWA MAKNA YANG BESAR KEPADA SAYA

Friday, September 17, 2010

HUTANG WANG HANTARAN


BEZA ANTARA WANG HANTARAN DENGAN BELANJA PERKAHWINAN

Apa beza wang hantaran dengan belanja hantaran? Akhbar harian ada memaparkan isu tuntutan hutang wang hantaran yang melibatkan pelakon popular, Abby Abadi dengan bekas suaminya yang juga pelakon, Norman Hakim yang berjumlah RM11.111.11. Tetapi perkara itu dinafikan oleh Norman Hakim. Apa kata Norman Hakim?

Kata Norman, atas perbincangan bersama, dia dan Abby telah bersetuju untuk menanggung bersama belanja untuk majlis perkahwinan kira-kira 8 tahun lepas sedangkan yang dituntut oleh Abby Abadi adalah hutang wang hantaran. Yang menjadi persoalan, mereka ikut adat negeri mana? Jika negeri kelantan, definasi wang hantaran ialah sama darjatnya dengan mas kahwin yang wajib diberi oleh suami. Ini tidak termasuk kos-kos lain untuk majlis perkahwinan tersebut. Tapi jika ikut negeri lain, wang hantaran ialah wang yang diberikan oleh pihak lelaki untuk perbelanjaan untuk majlis perkahwinan termasuklah perbelanjaan untuk jamuan makan. Kiranya kalau wang hantaran RM10k, perbelanjaan untuk jamuan makan,sewa dewan dan lain-lain, pihak perempuan boleh pakai duit yang RM10k itu. Semuanya atas kuasa pihak perempuan kerana wang hantaran itu hak perempuan. Tapi sesetengah orang, tak suka usik duit hantaran. Jika dapat RM10k, dia takkan usik duit tu. Duit untuk perbelanjaan lain-lain adalah duit simpanan lain. Terpulang kepada individu tapi harus diingat, ia hak perempuan. Dalam kes bekas pasangan pelakon kita, Abby Abadi dan Norman Hakim, hanya mereka berdua saja yang tahu apa yang terjadi. Kita hanya mampu membaca,melihat dan mendengar dari jauh. Pesan saya, jika benar dakwaan Abbg, Norman silalah bayar. Tetapi jika benar dakwaan Norman, sudah-sudahlah Abby.. Tepuk dada tanya selera.

5 comments:

cik miss said...

dah cerai semua nak tuntut..

Nur Hawa Mohd Zin said...

tak faham betul...betul cakap cik miss..da cerai tuntut semua..tapi dalam islam boleh tuntut harta sepencarian..tapi kes mereka ni wallahualam

orang panggil aku mun. said...

abby ni pun satu,dah org tu wat jahat kt kita.pandang pun xpayah *tiba2 emo huhu

sibersensasi said...

dah cerai boleh tuntut harta sepencarian.Itu hak yang termaktub dan dibolehkan.org perempuan kena tahu hal ini

sibersensasi said...

dah cerai boleh tuntut harta sepencarian.Itu hak yang termaktub dan dibolehkan.org perempuan kena tahu hal ini