SETIAP KLIK ANDA MEMBAWA MAKNA YANG BESAR KEPADA SAYA

Tuesday, August 31, 2010

MEMEY SUHAIZA DAN NORMAN HAKIM BERTUNANG



Akhirnya hubungan percintaan pasangan artis yang penuh kontroversi, Memey Suhaiza dan Norman Hakim akan dikukuhkan lagi dengan ikatan pertunangan.

Baca seterusnya......
Monday, August 30, 2010

KERANA AWAK CINTA YANG TERPILIH


CINTA adalah lautan masalah. Aku lemas. Tidak bolehkah cinta itu manis sepanjang masa?

Baca seterusnya......


Hero Nur Kasih yang bertubuh sasa, Remy Ishak kini mengembangkan bakat dalam bidang nyanyian pula. Lagu apa Remy Ishak nyanyi? Terbitkan album duet dengan Maya Karin ke? Ops! Jangan marah..

Baca seterusnya......
Sunday, August 29, 2010

KAD RAYA ATAU SMS RAYA?


Sedar tak sedar dah hampir sebulan kita nak sambut Syawal. Kalau dulu, hari pertama Ramadhan aje dah sibuk beli kad raya.., 

Baca seterusnya......

Kontroversi yang melanda gara-gara penceraian jaguh badminton, Roslin Hashim dengan bekas isterinya, Norhayati Othman turut mengheret penglibatan Raja Azmi dan suaminya Jalani Sidek. Raja Azmi dikatakan punca penceraian Roslin Hashim manakala Jalani Sidek dikecam sebagai 'lelaki dayus' kerana membiarkan isterinya begitu..

Baca seterusnya......

 

Mudahnya kita ditipu dan tertipu......

Baca seterusnya......

31 Ogos genaplah Malaysia mencapai kemerdekaan untuk ke-53 tahun. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Dah kibarkan ke jalur gemilang? Kat sini ada disertakan lirik lagu 31 ogos dan

Baca seterusnya......
Saturday, August 28, 2010

JUTAWAN KERANA YOUTUBE


Percayakah anda jika bintang-bintang YouTube menerima pendapatan ratusan ribu dolar selepas video mereka disiarkan di laman itu di Internet? 

Baca seterusnya......

Selak surat khabar hari ini, tertarik dengan berita pelajar perempuan berusia 15 tahun dirogol oleh rakan sekolah sendiri...

Baca seterusnya......


Sempena ulangtahun kemerdekaan negara kita ke-53, empat syarikat konsesi lebuh raya negara bersetuju memberi diskaun 20 peratus manakala sebuah lagi syarikat konsesi iaitu Lingkaran Transkota Sdn Bhd (LITRAK), memberi laluan tol percuma kepada pengguna Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP). 

Baca seterusnya......


Lagu raya yang tidak jemu didengar, Suasana Hari Raya dendangan Anuar Zain dan Ellina. Disini ada lirik lagu ini serta link untuk download.

Baca seterusnya......

Jabatan Perkhidmatan Awam umumkan bantuan khas kewangan akan diagihkan pada

1 September untuk kakitangan awam manakala untuk pesara pada 6 September. Kepada kakitangan kerajaan, teka-teki bila wang bantuan akan dimasukkan telahpun terjawab.

Baca seterusnya......

 
Pengarah filem 4 madu, Prof. Madya A. Razak Mohaideen nekad tidak ingin bekerjasama dengan pelakon Almy Nadia.. Kenapa?

Baca seterusnya......

 
Kenapa ye ramai orang suka video ni? Korang suka tak?

Baca seterusnya......

Ramadhan kali ini sangat bermakna untuk pelakon jelita, Fasha Sandha kerana selain berpeluang berbuka puasa dengan keluarga tersayang, Fasha juga berpeluang berbuka puasa dengan kekasihnya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli @ Jejai.

Baca seterusnya......
Thursday, August 26, 2010

AIDA KHALIDA DAN JOE RADZWILL BERCERAI

Aida Khalida dan Joe Radzwill sah bercerai.

Baca seterusnya......

 
Terharu tengok video ni. Masih adakah anak2 seperti ini? Rasanya anak zaman sekarang, tak ada maknanya nak buat macam ni. Nak ucapkan "selamat hari raya" atau "selamat hari jadi" kat mak pun macam nak tergeliat lidah. Tapi kalau cakap kat makwe@pakwe, bukan main sporting. Siap boleh nyanyi2 lagi. Tabik spring la dengan mamat ni..!

Baca seterusnya......


Pelakon jelita, Rozita Che Wan dilaporkan menyediakan 30 pasang baju raya untuk dirinya. Baju Rozita direka oleh Rizman Ruzaini, Man Kajang, Calvin Thoo dan Qudyn. Rozita juga akan pulang beraya di Alor Setar.Tidak keterlaluan jika saya katakan Rozita ratu drama raya kerana..

Baca seterusnya......

Kumpulan Radja
Kumpulan Radja ada lagu baru bertajuk terus terang. Kumpulan dari seberang ini memang terkenal dengan lagu-lagu yang meletup di negara kita. Disini ada lirik lagu dan link untuk download lagu terbaru kumpulan Radja. Jom layannn.

Baca seterusnya......

Ini cerita betul. Bukan main-main macam dalam entry lepas. Ala yang dalam www.jgnharaplahwoi.com.my baru-baru ni. Kali ini fakta,

Baca seterusnya......
Wednesday, August 25, 2010

Funny Japan Commercial

 
Release tension dengan tengok video2 yang kelakar :D

Baca seterusnya......

Seorang kanak-kanak lelaki ditemui mati akibat disembelih seorang saudara terdekat di sebuah rumah di Kampung Sungai Budor, Kota Bharu.

Baca seterusnya......
Tuesday, August 24, 2010

PRODUK YANG MENGANDUNGI LEMAK KHINZIR

Produk yang mengandungi lemak khinzir. Sila klik. Penting!

Baca seterusnya......

 
Lelaki sanggup buat apa saja demi perempuan. Tapi bila masuk hal MCD, tiada kompromi.. Hahaha.. Ada ke lelaki macam kat negara kita?

Baca seterusnya......

 
Asyik ade video kelakar aje kan? Kali ni video merdeka pulak. Maklumlah kita kan nak sambut hari kemerdekaan dah 31 Ogos nanti.. Saya anak Malaysia.. Saya anak Malaysia..

Baca seterusnya......
Monday, August 23, 2010

TREND TUDUNG ZAMAN KINI

Dapat dari facebook. Ada tak sesape yang leh pastikan sume ni? Betul ke takleh pakai camni?

Baca seterusnya......

contoh telefon bimbit Sony Ericson
Berbaloikah dihukum penjara serta sebatan hanya kerana merompak telefon bimbit Sony Ericson? Namun itulah realiti yang terpaksa dihadapi oleh dua orang pemuda.

Baca seterusnya......

 
Kelakar sungguh iklan pepsi ni.. Tengoklah sampai habis baru dapat tau tahap kekelakarannya.. Hahaha..

Baca seterusnya......

 
Haa ni 1 lagi iklan yang rasenya lum ada lagi kat Malaysia. Rasenya lum ada orang kat Malaysia ni buat iklan yang ada mesej kepentingan solat. Harap2 pasni ada la yang buat iklan macam ni. Semoga terbuka hati masyarakat kita supaya mengutamakan solat..

Baca seterusnya......
Sunday, August 22, 2010

PERINGATAN UNTUK KAUM WANITA

Khusus untuk kaum hawa. Kenapa pakaian baru kena dicuci dulu sebelum pakai TERUTAMANYA pakaian dalam@bra? Sila baca. PENTING.

Baca seterusnya......

WUJUDKAN TABUNG DNA?

Baca seterusnya......

 
Memang tersengih2 sy dan abg sy dgr story ni. Dpt dr facebook seorang teman. Kebetulan masa play, play sekuat alam. Abg tumpang sekaki dgr. Inilah realiti masyarakat kita. Yang kaya dipandang tinggi. Yang miskin pandang sebelah mata. Tu dah kira baik dah tu. Lagi dasyat siap menghina. Ingatlah manusia, tak selamanya kamu hidup senang, tak selamanya mereka hidup susah. Kepada yang dah TERhina orang lain, mintak maaf la. Ya memang betul kamu kaya, kamu senang atas titik peluh kamu. Tapi jangan lupa bahawa sesungguhnya apa yang kamu ada hanyalah 'pinjaman' dari ALLAH.

Baca seterusnya......
Saturday, August 21, 2010

KISAH LELAKI DAN PEREMPUAN

 
Soalan yang selalu PEREMPUAN tanyakan kepada LELAKI dan jawapan power yang LELAKI selalu jawab pada PEREMPUAN. Jangan membuat penilaian daripada kata-kata.. Kenalilah pasangan anda sebelum anda membuat keputusan yang sejawarnya..

Baca seterusnya......

Penjawat awam jangan sedih baca entry ni..

Baca seterusnya......

Lama tak nampak Waheeda di mana2 akhbar sejak Waheeda bersara dalam bidang nyanyian. Kini Waheeda tampil dengan imej baru iaitu berpurdah. Waheeda kata, dia memang nak berpurdah sejak sebelum kahwin lagi dan akuinya, berpurdah membuat dia semakin tenang. Baguslah.. Di bulan yang mulia ni, ramai artis yang dilihat berubah imej menjadi lebih baik..

Baca seterusnya......

 
Jom sembahyang subuh.. Jangan jadi camni..

Baca seterusnya......
Friday, August 20, 2010

IKLAN RAMADHAN YANG TIADA DI MALAYSIA

 
Kalau di Malaysia, bila puasa, banyak iklan pasal makanan dan minuman. Banyak pasal restoran2 yang sediakan set berbuka puasa. Pendek kata semua untuk diisi oleh perut la.. Belum ada lagi iklan macam dalam video ni rasanya..

Baca seterusnya......
Thursday, August 19, 2010

RAJA AZMI DICEKUP POLIS

Raja Azmi dicekup polis selepas membuat laporan polis terhadap akhbar yang menyiarkan berita mengenai penglibatannya dalam penceraian pemain badminton negara, Roslin Hashim dan Norhayati Othman di Balai Polis Ampang. 

Raja Azmi, 51, ditahan kira-kira jam 4.50 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya kerana gagal menghadirkan diri ke perbicaraan kes sivil. Raja Azmi sekarang ditahan di lokap wanita Balai Polis Pandan Indah dan akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur [bahagian dagang], Jalan Duta esok jam 8.30 pagi.

Baca seterusnya......

POSITIF H1N1 MENINGKAT 25 PERATUS
Jumlah pesakit yang disahkan menghidap Influenza A (H1N1) meningkat 25 peratus minggu ini kepada 64 kes bagi tempoh 8 hingga 14 Ogos lepas berbanding 51 kes pada minggu lepas. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata ini menjadikan jumlah terkumpul kes positif H1N1 adalah sebanyak 15,584 orang dengan jumlah kematian kekal 92 orang. Dr Mohd Ismail juga berkata walaupun dunia kini berada di dalam fasa pasca pandemik H1N1, orang awam diingat supaya mengambil langkah-langkah kawalan dan pencegahan kerana penularan jangkitan virus itu dijangka berterusan untuk beberapa tahun akan datang sebagai influenza bermusim. Sekarang ni pegi mana2 mana ada orang pakai penutup hidung dan mulut lagi. Jom pakat pakai ramai2..
pemakaian penutup hidung dan mulut mampu mengawal penularan wabak H1N1

Baca seterusnya......

 
Walaupun dah lama isu ini, video ni masih di upload oleh ramai orang kat facebook. Itu menandakan masyarakat susah untuk 'melupakan' apa yang terjadi. Semoga jadi ikhtibar di masa akan datang..

Baca seterusnya......

 
Tak ramai orang berpeluang meninggalkan dunia dengan indah macam dalam video ni. Renungkanlah.

Baca seterusnya......

Roslin Hashim di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur
Semalam kecoh pasal Roslin cerai lepas sebulan kahwin. Tapi saya tak buat entry pasal tu. Tapi hari ni saya buat entry pasal punca penceraian Roslin Hashim dengan isterinya, Norhayati Othman. Mesti ramai yang nak tahu..

Baca seterusnya......
Wednesday, August 18, 2010

INIKAH CARA PEMANDUAN KITA??


Klik play dulu sebelum drive balik umah. Ikhtibar untuk kita semua..

Baca seterusnya......


Ayu Raudhah dan Zaquan Adha dilaporkan telahpun mengikuti kursus perkahwinan kat Zura's Akademi di Bangsar pada 4 dan 5 Ramadhan lalu. Haa.. kalau dah pergi kursus, apakah tandanya? Mungkinkah majlis pertunangan dan perkahwinan akan menyusul tak lama lagi? Semoga bahagia kepada Ayu dan Zaquan.

Baca seterusnya......

Saya nak petik tulisan mufti Perak  yang beliau petik dari hadis Nabi s.a.w sebagaimana yang diriwayatkan oleh Baihaqi yang bermaksud, "sudah hampir suatu masa dimana tidak ada yang tinggal dalam Islam itu kecuali namanya sahaja, dan tidak tinggal pada al-Quran itu kecuali pada tulisannya sahaja. Masjid-masjid mereka tersergam indah namun kosong daripada petunjuk. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kulit langit. Daripada mereka punca fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali".

Saya berpendapat.... ahh no komen laa..

Baca seterusnya......

 
Untung tau jadi wanita.. Play la video ni.. Ceramah ringkas dari Ustaz Kazim Elias..

Baca seterusnya......

 Akhir-akhir ni banyak sungguh kisah2 lelaki @ suami yang bertindak zalim dan kejam terhadap wanita yang bergelar isteri. Isteri yang patut disayangi dipukul, ditetak, disimbah cuka getah dan terbaru isteri ditoreh di mulut dan muka kerana suami yang cemburu buta. Terjadi kat Kuantan, suami mangsa toreh isterinya kerana cemburu lihat isterinya berbual dengan sepupu lelaki Khamis lalu. Mangsa terpaksa merangkak keluar rumah untuk dapatkan bantuan penduduk kampung sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis.. Kenapa terjadi semua ni? Suami baran? Hilang pertimbangan? Atau kurang pegangan agama???

Baca seterusnya......

Bintang pop Jerman, Nadja Benaissa buat pengakuan merahsiakan status dirinya sebagai pembawa virus HIV daripada 3 kekasihnya. Nadja jugak dilaporkan minta maaf atas tindakannya dan mengaku tak bersalah dengan sengaja menyebarkan virus tu pada orang lain. Nadja didakwa buat hubungan seks dengan kekasihnya tanpa sebarang langkah pencegahan bagi mengelakkan virus tersebar sekaligus menyebabkan kekasihnya turut dijangkiti HIV. Moral, jauhi la seks bebas untuk menjamin kesihatan anda..

Baca seterusnya......

Isteri Badrul Muhayat Ahmad Jailani, Julia Daud nekad bercerai dengan Badrul selepas failkan permohonan cerai ikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam 1984 kat Mahkamah Syariah Kuala Lumpur semalam. Julia juga memberitahu, Badrul turut hadir bersamanya semasa memfailkan penceraian dan Badrul telah berjanji untuk menceraikannya secara baik..

Baca seterusnya......

Wanita tertua Terengganu terpaksa keluarkan wang simpanannya untuk jamin suaminya, Mohd Nor Musa sebanyak RM2000. Apa agaknya yang Mohd Nor Musa buat sampai kena jamin?

Baca seterusnya......
Monday, August 16, 2010

KADAR ZAKAT FITRAH 2010

Sebut zakat fitrah, mesti ramai yang pernah dengar. Tapi kalau tanya apa sebenarnya pengertian Zakat Fitrah, sape nak jawab? Haa.. Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Apakah syarat2 yang ditetapkan itu? Yang pertama, individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya. Yang kedua, anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari. Yang ketiga, memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya. Dan yang keempat, seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.Berikut adalah Kadar Zakat Fitrah bagi setiap negeri. Kat sini ada kadai mengikut negeri :-

Negeri
Kadar Zakat Fitrah 2010 (RM)
Perlis
6.00
Kedah
7.00
Pulau Pinang
7.00
Perak
7.00
Selangor
7.00
Negeri Sembilan
6.50
Melaka
6.50
Johor
5.00 / 7.50 *
Pahang
7.00
Terengganu
5.00 / 7.00 / 8.00*
Kelantan
7.00
Sarawak
5.20
Sabah
6.80
Wilayah Persekutuan
7.00
*Mengikut jenis beras

Waktu mengeluarkan zakat fitrah pula terbahagi kepada 5 :-

WAKTU WAJIB
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

WAKTU YANG PALING AFDHAL
Sebelum sembahyang Hari Raya

WAKTU SUNAT
Sepanjang bulan Ramadhan

WAKTU MAKRUH
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

WAKTU HARAM
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

*info dari e.zakat.com

Baca seterusnya......

Mas Idayu dikatakan telah jumpa cinta baru dengan seorang lelaki yang muda belia. Baru2 ni, ramai yang nampak Mas Idayu makan kat restoran kat Kota Damansara. Lepas makan siap berpegangan tangan lagi. Takkan kawan kot kalau gitu kan? Maklum ajelah kalau orang glamor pegi mana2, banyaklah mata yang memandang. Lagipun sape tak kenal Mas Idayu yang jadi sifu kepada Black dgn Shaq dalam program realiti Mentor. Papehal wish Mas Idayu bahagia selalu..

Baca seterusnya......
Sunday, August 15, 2010

LAGI BAYI DITEMUI

APA KESUDAHANNYA???

bayi yang dijumpai dalam tong sampah tempoh hari
Setiap hari ada saja berita tentang bayi dijumpai tidak kira masih hidup atau telahpun meninggal dunia. Apa kesudahan kes begini? Kenapa tiap hari ada saja bayi yang tidak berdosa dibuang? Dan kenapa kemuliaan Ramadhan dicemari dengan berita2 begini? Dan yang terbaru...,

Baca seterusnya......

 
Video zikir untuk kita sama2 berzikir tambah2 lagi di bulan Ramadhan

Baca seterusnya......

 
Tengok video ni. Perkara ni selalu kita sebagai anak2 buat terhadap mak ayah. Semoga ia menginsafkan kita. Luangkanlah masa untuk mereka selagi mereka "ada"..

Baca seterusnya......

Cerita ni boleh dijadikan renungan. Dulu terjadi depan mata saya, melibatkan saudara yang agak jauh. Tp kali ni terjadi kepada sahabat baik saya yang runsing dengan sikap adik beradik yang tak paham bahasa. Memanglah tak dinafikan ibu bapa patut campur tangan dalaam kehidupan anak2 mereka. Yang jadi persoalan kat sini, patut ke campurtangan yang bukan2, yang tak patut. Contohnya, anak yang bernama A nak tukar kereta baru tapi tak cukup duit untuk bayar duit muka. So si ibu ni telefon anak yang bernama B untuk mintak tolong bayarkan duit muka untuk anak bernama A tadi. Patutkah? Sedangkan dua2 anak ini bekerja dan ada kehidupan masing2. Kerja pun lebih kurang sama aje. Beza gaji pun macam tak ada. Tiada istilah anak ini senang dan anak ini susah, yang penting bagaimana menguruskan wang. Bukan sekali, bukan 2 kali. Si ibu ini jugak pernah telefon anak bernama C untuk bank in duit kat akaun anak bernama D dengan alasan anak bernama D ni tak ada duit nak makan sebab tolong bayar kereta awek yang dah 3 bulan tak bayar. Amboi2 senangnya hidup. Nak bantu kekasih sampai diri sendiri entah macam mana pastu mengadu kat mak, mak pulak suruh adik beradik tolong. Relevankah? Patutkah ibu masuk campur dalam kes2 macam ni? Sebab, beza kalau tuan punya badan datang mintak dengan ibu telefon. Bila ibu telefon, kita akan terasa macam 1 "arahan" tp kalau tuan punya badan telefon, taulah kita macam mana nak cuci otak dia. Betul tak??? Ini dilema rakan karib saya. Setiap bulan ada saja adik beradik yang memerlukan pertolongan kepada benda yang tak patut. Dan boleh dikatakan setiap bulan ibunya akan telefon dan bagi "arahan" yang tak tergamak untuk ditolak. Apa kesudahannya? Mungkin adik beradik dia "slow" sangat atau buat2 tak paham. Entahlah...

Baca seterusnya......

tempah baju @ beli yang ready made?


Sekarang ni banyak kedai2 yang jual baju2 yang dah siap. Pegi la mana2 mesti jumpa. Kalau kat KL ni, pegi jalan TAR melambak kedai jual baju ready made yang cantik2 baik untuk lelaki ataupun untuk perempuan.
Apa2 jenis pun boleh cari. Tak kiralah baju kurung ke, baju kebaya ke, baju kurung moden ke atau apa2 baju. 
Tp yang mana yang jadi pilihan masyarakat masa kini? Apa pendapat korang? Kalau dulu, orang suka tempah sebab dulu pilihan tak banyak macam sekarang. Dulu susah nak jumpa baju kurung moden. Yang banyak kurung biasa. Tp sekarang ni dah banyak pilihan, adakah orang akan beli yang ready made? Senang cite sebenarnya saya sendiri nak cari yang ready made. Kos murah. Kalau tempah, kain aje dah berapa? Lum masuk upah untuk tukang jahit. Tapi saya lum jumpa lagi kedai yang jual baju kurung moden yang kainnya ok sebab yang banyak kat luar tu kain jenis yang panas dan mudah tercarik. Korang ada nak cadangan kedai? Tak larat rasenya nak ronda 1 jalan TAR!

Baca seterusnya......

Ketika umat Islam sedang gembira mengerjakan ibadah puasa yang baru masuk hari ke 4, ada keluarga yang sedang bersedih kehilangan ahli keluarga tersayang kerana dihempap besi khemah ketika sedang berniaga di bazar ramadhan. Berlaku di Bazar Ramadhan di Stadium Jasin, Melaka semalam. 
gambar selepas kejadian ribut di Bazar Ramadhan Stadium Jasin
Dalam kejadian jam 4.45 petang itu, dua peniaga dan seorang pengunjung pasar Ramadan berkenaan terbunuh, dua daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi beberapa jam selepas dimasukkan di hospital. 
orang ramai di sisi mangsa
Hanya lebih kurang 4 minit ribut berlaku tetapi meranap dan menerbangkan keseluruhan 21 khemah besar peniaga di kawasan letak kereta di stadium berkenaan. Tragedi ini mengorbankan 3 nyawa iaitu 2 peniaga dan 1 pengunjung serta 17 pengunjung yang lain cedera. Takziah kepada keluarga mangsa.

Baca seterusnya......

 
Tengok la video ni. Kelakar.. Tp ada mesej tersirat. Memang sesuai la di bulan Ramadhan ni. Awas! Jagalah mata anda supaya tak sia2 seharian berpuasa! Hehehe :)

Baca seterusnya......
Friday, August 13, 2010

MAYA KARIN DAN REMY ISHAK

babak dalam teater Natrah
Sebelum ni kita dengar desas desus Remy Ishak adalah punca penceraian Maya Karin dengan suaminya. Malah hero malaya ni dikatakan ada skandal dengan aktres jelita yang baru bercerai ini. Tapi mereka menafikannya. Terbaru, ada khabar angin yang menyatakan Maya Karin dan Remy Ishak bercuti di Jakarta, Indonesia. Maya Karin dan Remy dilaporkan dilihat berduaan di sebuah pusat membeli belah yang teekemuka di Jakarta 1 Ogos lalu. Kita selalu dengar kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang kan? Tapi dalam hal ni, angin memang tak ada tapi pokok bergoyang jugak sebab orang yang goncang pokok tu. Hehehe.. Maya Karin dan Remy Ishak ada ramai saksi yang boleh dijadikan alibi dimana lokasi mereka pada tarikh tersebut. So sah la ni fitnah dari orang yang tak ada kerja lain. Ish ish ishhhh..!

Baca seterusnya......
Thursday, August 12, 2010

MANUSIA SEMAKIN KEJAM

 

Video ni mula2 saya tengok kat facebook seorang teman. Memang zalim la. Bukan calang2 orang sanggup buat macam ni. Boleh la korang tengok untuk jadikan ikhtibar. Kes yang lagi satu pulak lebih kurang sama la. Penderaan terhadap haiwan. Sorang lelaki didakwa atas tuduhan mendera kucing lepas polis jumpa kucing yang dah siap diperap dengan minyak dan lada dalam but keretanya. Mula2 polis tahan kereta lelaki ni, Gary Korkuc, 51 tahun untuk saman sebab langgar lampu isyarat. Pastu polis dengar bunyi kucing mengiau dan terjumpa la kucing yg bernama Navarro yang berusia 4tahun dalam sangkar dalam but kereta Gary ni dengan bulunya berlumuran minyak dan diselaputi lada serbuk. Gary bagitahu polis, dia bercadang nak masak Navarro sebab kucing tu garang. Punyalah besar sebab dia kan? Tp yang bagusnya, bukan kat Malaysia tapi kat Buffalo, New York...

Baca seterusnya......

 
Ramadhan menjelma lagi. Jom hayati lagu ni..

Baca seterusnya......
Wednesday, August 11, 2010

JUADAH BUKA PUASA

BERBUKA APA TADI?


Mungkin agak lambat la buat entry pasal berbuka sedangkan berapa jam aje lg nak sahur dah. Tp buat jugak la. Lambat pun lambat la.. Haa tadi korang berbuka apa? Kat mana? Saya of course la kat umah. Hari ni mak masak soto. Tadi, dengar aje azan, capai kurma, minum air. Lepas minum air, sempat tu ambik gambar soto yg dah ready utk masuk mulut. Tp sayang seribu kali sayang. Memory card reader buat hal. Tak detect la pulak!!! Cable hp ni ntah duk mana. Puas mencari [salah 1 sebab knp lambat wat entry ni], last2 rembat aje pic soto yg mcm ala2 mak masak td kat google. Settle masalah. Mcm nilah yg saya mkn td..
soto
Buat abangku yang berbuka kat luar dgn buah hati td, rugilah dikau tak dapat makan soto. Yum yum sedapnya. Bukan nak puji, tp air tangan mak memang sedap. Lain mcm yg cari kat kedai @ bazar ramadhan. Buat akakku yang jauh dimata pulak, tp adikmu ni dah tlg makankan soto tu. Siap bertambah! Haa ni nak tanya la.., sape tahu kat ampang, kat mana ada jual tepung pelita yang sedap? Last year ade beli tepung pelita kat pandan indah [depan bomba]. Memang sedap sangat! Hari2 jd pembeli setia. Tp td pegi la sana, tgk dah takde. Mungkin brader tu dah tak jual kat sana kot! So sape2 yang tahu mana ade jual tepung pelita yg sedap, yang tak jauh sangat nk pegi, sila2 la share..
kempunan nak makan
Bukan apa, biasanya tepung pelita yang org jual kat bazar ramadhan tu selalu manis sangat la, lemak sangat la.. Kadang2 keras, kadang2 terlembik.. Memang tak dapat lawan yang brader last year jual.. Huhuhu.. Tolong daku bantu daku..

Baca seterusnya......


MAIZAWATI TIDAK UNDANG AKHIL HAYY KE MAJLIS PERNIKAHAN

Bekas isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 35 telahpun bergelar isteri kpd jejaka pilihan, Mohd Yassin Ben@Abd Rahim, 23 pada 9 Ogos lepas. Kesemua anak2 Maiza bersama Akhil ada di majlis tersebut tp Akhil Hayy dgn isterinya, Waheeda tak kelihatan. Dalam paper ada la tulis yang Maiza kata Akhil tak dapat datang sebab isterinya sakit. Tup tup tup hari ni Akhil Hayy kata dlm Metro, macam mana dia nak dtg majlis pernikahan Maiza sedangkan dia tidak diundang. Akhil Hayy jugak kata, "janganlah pandai2 kata Waheeda sakit sedangkan hakikatnya isteri saya sihat walafiat". Macam2 hal la...

Baca seterusnya......

Ingat tak kes bekas Adun yang ditembak mati yang gempar baru2 ni? Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata siasatan kes kematian Datuk Abdul Aziz Mohd Noh yang ditemui mati dengan kesan tembakan bersama bekas pembantu peribadinya Siti Rohana Ismat telah pun selesai sepenuhnya. Kertas siasatan sedang dikemaskinikan dan dalam peringkat akhir untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi persetujuan menutup kes. Dalam kejadian pada pukul 11 pagi Selasa lepas, Abdul Aziz, 64, dan Siti Rohana, 43, ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala masing-masing dalam sebuah kereta milik Siti Rohana yang terbabas di Km 455.7 Leburaya Utara Selatan berhampiran susur keluar Sungai Buloh. Pihak polis taknak dedahkan apa2 pasal kes tu termasuklah motif pembunuhan. Siapa tembak siapa pun tak didedahkan. So ramai la yang buat spekulasi sendiri. Apa pendapat korang? Mungkinkah Datuk Abdul Aziz yang tembak Siti Rohana pastu bunuh diri? Erm entahlah..

Baca seterusnya......

gambar ketika Mawi melancarkan ME World Collections di Danga Bay
Butik Ekin ditutup? Betul ke? Kena tutup? Gulung tikar? Pindah? Atau ada masalah? Haa dlm paper mStar Online ade ckp la butik tu ditutup. Kata Ekin, sebab kontrak dah tamat. Kat sini ada la keratan artikel tu. Try korang baca part yang dihitamkan tu dan nilaikan apa sebab sebenarnya..

Baca seterusnya......

katakan tidak pada makanan & minuman
Hari ni dah start puasa. Hari tu dah bg link utk download waktu imsak kan? Disini ada jadual berbuka puasa dan waktu imsak untuk seluruh Malaysia untuk di download. Kot2 la malas nk view entry yang lepas2.. Untuk yang duduk kat Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya pulak ada disini. Start 11 Ogos, umat Islam dah mula berpuasa. So apayangpanas ambil kesempatan ni untuk ucapkan selamat berpuasa kpd semua umat Islam bukan di Malaysia aje tp seluruh dunia..

Baca seterusnya......
Tuesday, August 10, 2010

JOM TERAWIH

Baca seterusnya......

Rasanya tiap tahun bila sampai bulan Ramadhan, tak sah kalau tak dgr lagu ni. Harapan Ramadhan nyanyian kumpulan Raihan dgn Man Bai. Walaupun dgr tiap2 tahun, tetap tak bosan kan?


HARAPAN RAMADHAN
Ku Mengharapkan Ramadhan
Kali ini Penuh Makna
Agar Dapat Kulalui
Dengan Sempurna

Selangkah Demi Selangkah
Setahun Sudah Pun Berlalu
Masa Yang Pantas Berlalu
Hingga Tak Terasa ku Berada
Di Bulan Ramadhan Semula

Puasa Satu Amalan
Sebagaimana Yang Diperintahnya
Moga Dapat ku Lenturkan
Nafsu Yang Selalu Membelenggu Diri
Tiada Henti-henti

Tak Ingin ku Biarkan Ramadhan Berlalu Saja
Tuhan Pimpinlah Daku Yang Lemah
Mengharungi Segalanya Dengan Sabar
Kita Memohon Pada Tuhan Diberikan Kekuatan
Ku Merayu Pada Tuhan Diterima Amalan

Selangkah Demi Selangkah
Dengan Rahmatmu Oh Tuhanku
Ku Tempuh Jua

Download video

Download mp3

Baca seterusnya......

 
Tahukah korang puasa boleh menguatkan memori? Kajian ni dibuat oleh Dr Ebrahim Kazim dari Akademi Islam, Trinidad. Katanya, bila puasa, sejenis hormon yg dinamakan opioids akan dirembaskan dgn lebih efektif. Hormon ni gunanya mempengaruhi tingkah laku manusia menjadikan kita yg berpuasa ni jadi lebih tenang dan teratur. Perjalanan darah dan kandungan gula yang lebih stabil bila puasa jugak mampu membantu mempertingkatkan fokus dan produktiviti individu. Lagi bagus ditambah dgn amalan membaca al-Quran yang memang dapat membantu memperbaiki daya ingatan manusia..

Baca seterusnya......

Rima Fakih
Gadis Islam berketurunan Arab Lebanon mencatat sejarah bila jadi wanita Islam pertama menang Ratu Cantik USA 2010 kat Las Vegas pada 17 Mei lalu. Walaupun dah lama @ agak ketinggalan zaman, tp buat jugak entry ni sebagai renungan di bulan Ramadhan. Memang gembira kan menang ratu cantik? Tapi kegembiraan dia tercemar gara2 gambar yang diambil pada 2007 tersebar. Gambar apa ye?

Baca seterusnya......

Ramai yang taktahu kuasa bunga. Bunga bukan aje cantik tp ada la khasiatnya yg tersendiri. Contohnya bunga ros. Bunga ros jenis rosa gallica officinalis boleh mengubati sakit kerongkong, gastrik, cirit birit dan depresi.

Bunga dandelion pulak boleh mengubati ketuat dan untuk pengetahuan semua, bunga ni ada elemen anti kanser.


Bunga Seri Pagi pulak ada elemen ekspektron yang mampu mencegah asma dan sakit tekak.

Rupanya banyak manfaat bunga kan? Ingatkan sebagai hiasa aje.. Hehehe..

Baca seterusnya......
Monday, August 9, 2010

IKLAN REJOICE

Baca seterusnya......

Piala Malaysia
Jadual Piala Malaysia dah ade kat sini.. Undian dan kedudukan kumpulan dah ditentukan. Piala Malaysia berlangsung 14 September 2010 sampai 30 Oktober 2010. 

Kumpulan A
Kelantan
Negeri Sembilan
KL Plus
Selangor PKNS

Kumpulan B
Terengganu
Pahang
Kuala Lumpur
Sabah

Kumpulan C
Johor FC
Kedah
Perak
ATM

Kumpulan D
Selangor
T-Team
Perlis
Felda United

Team mana satu pilihan korang? Hehe..

Baca seterusnya......

Puasa dapat membantu buang racun perokok tegar. Sape kata? Prof Madya Isa Abdul Majid dari Pusat Racun Negara USM yang kata. Beliau kata, puasa kan membantu kita hentikan pengambilan sebarang bentuk makanan dan minuman selama 14jam. Situasi ni membolehkan organ penghadaman macam perut, usus, pankreas, hati dan kelenjar hempedu berehat. Beliau jugak kata, bila puasa, comform2 la racun yg terkumpul dlm badan akibat setiap sedutan rokok tu dapat dikurangkan kan? Puasa jugak membolehkan badan melakukan proses pembersihan racun yg sedia ada kat dlm badan secara maksimum. Selamat berpuasa..

Baca seterusnya......

Catriona Ross bersama anaknya
Catriona Ross kini bertudung. Cat atau nama sebenarnya Catriona Noorhayati Ross Bahrin Ross kini telahpun melakukan perubahan imej dengan bertudung baru2 ni. Ayu sungguh wajah Cat. Tp yang penting, Cat menutup seluruh rambutnya tanpa paksaan sesiapa dan bukan sebab skrip drama @ filem. Sebenarnya ramai selebriti wanita kita yang manis bila bertudung bila tgk dlm tv, tp belum dikurniakan hidayah untuk bertudung di luar skrip. Tahniah Catriona.

Baca seterusnya......
Sunday, August 8, 2010

MELAYU PALING RAMAI HIDAP HIV@AIDS

Tahukah anda melayu paling ramai hidap hiv/aids dengan purata 3 kematian setiap hari. Ini bukan auta tp fakta yg didedahkan oleh Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Universiti Putra Malaysia, Datuk Dr. Faisal Ibrahim. So marilah kita mencegah masalah ni sebab virus ni tak ada ubat ataupun vaksin yg mampu bunuh virus ni. Yang ada hanyalah ubat untuk sekat pembiakan virus yg makan belanja besar hingga mencecah ribuan ringgit setahun. Sesungguhnya mencegah lebih baik dari mengubati..

Baca seterusnya......

Bienda nikah Sepetember ni tp beliau taknak umumkan tarikh pernikahannya sebab hanya akan dihadiri oleh keluarga terdekat dan kawan rapat aje. Pernikahan Bienda akan diadakan kat Kota Bharu, Kelantan secara kecil-kecilan dan tertutup. Bakal suami Bienda ialah penerbit sebuah stesyen tv swasta yang hanya dikenali sebagai Mr. K. Majlis resepsi diorang pulak dijadualkan 1 Oktober nanti, barulah dijemput rakan2 media.. Selamat pengantin baru buat Bieda dan bakal suami. Semoga bahagia akhir hayat.

Baca seterusnya......