SETIAP KLIK ANDA MEMBAWA MAKNA YANG BESAR KEPADA SAYA

Cerita ni boleh dijadikan renungan. Dulu terjadi depan mata saya, melibatkan saudara yang agak jauh. Tp kali ni terjadi kepada sahabat baik saya yang runsing dengan sikap adik beradik yang tak paham bahasa. Memanglah tak dinafikan ibu bapa patut campur tangan dalaam kehidupan anak2 mereka. Yang jadi persoalan kat sini, patut ke campurtangan yang bukan2, yang tak patut. Contohnya, anak yang bernama A nak tukar kereta baru tapi tak cukup duit untuk bayar duit muka. So si ibu ni telefon anak yang bernama B untuk mintak tolong bayarkan duit muka untuk anak bernama A tadi. Patutkah? Sedangkan dua2 anak ini bekerja dan ada kehidupan masing2. Kerja pun lebih kurang sama aje. Beza gaji pun macam tak ada. Tiada istilah anak ini senang dan anak ini susah, yang penting bagaimana menguruskan wang. Bukan sekali, bukan 2 kali. Si ibu ini jugak pernah telefon anak bernama C untuk bank in duit kat akaun anak bernama D dengan alasan anak bernama D ni tak ada duit nak makan sebab tolong bayar kereta awek yang dah 3 bulan tak bayar. Amboi2 senangnya hidup. Nak bantu kekasih sampai diri sendiri entah macam mana pastu mengadu kat mak, mak pulak suruh adik beradik tolong. Relevankah? Patutkah ibu masuk campur dalam kes2 macam ni? Sebab, beza kalau tuan punya badan datang mintak dengan ibu telefon. Bila ibu telefon, kita akan terasa macam 1 "arahan" tp kalau tuan punya badan telefon, taulah kita macam mana nak cuci otak dia. Betul tak??? Ini dilema rakan karib saya. Setiap bulan ada saja adik beradik yang memerlukan pertolongan kepada benda yang tak patut. Dan boleh dikatakan setiap bulan ibunya akan telefon dan bagi "arahan" yang tak tergamak untuk ditolak. Apa kesudahannya? Mungkin adik beradik dia "slow" sangat atau buat2 tak paham. Entahlah...

2 comments:

Mulut Bercakap said...

salam,

huh... apa la... mesti menyusahkan hidup je org macam ni. sampai bila2 pun dia xkan pandai berdikari. bayangkan kalo si ibu dah xde, terumbang-ambing la. hidup kite, kite la tentukan. kalo x cukup gaji tu nk bermewah, hidup la seadanya... pendek kata, ukur baju di badan sendiri

FloEllen said...

adui...c ibu tidak mo beri peluang pada anak2..ini sudah membuat susah kpd anaknya di masa dpn...masih wujudkah pula manusia spt ini di alam skg ni..hehe