SETIAP KLIK ANDA MEMBAWA MAKNA YANG BESAR KEPADA SAYA

Monday, August 30, 2010

REMY ISHAK MENYANYI


Hero Nur Kasih yang bertubuh sasa, Remy Ishak kini mengembangkan bakat dalam bidang nyanyian pula. Lagu apa Remy Ishak nyanyi? Terbitkan album duet dengan Maya Karin ke? Ops! Jangan marah..



Remy Ishak dilaporkan akan menyanyikan lagu yang bertajuk "Love Life" ciptaan sepenuhnya oleh komposer terkenal, Johan Nawawi sempena kempen keselamatan jalan raya untuk musim perayaan nanti. Turut menyumbangkan suara dalam lagu tersebut ialah Datuk Khatijah Ibrahim, Dayang Nurfaizah, Dina, Nora, Jaclyn Victor, Nabil, Shila OIAM dan Noh Hujan. Mesti banyak suara-suara sumbang yang kata, boleh ke Remy Ishak menyanyi sebab biasanya kalau pelakon terjun dalam bidang nyanyian, hancur la jawabnya. Tapi dalam kes Remy Ishak, Johan Nawawi sendiri berpendapat yang Remy Ishak mempunyai "tone" suara yang sedap cuma perlu diasah lagi. Cayalah Remy!

0 comments: