![]()  | 
| gambar ketika Mawi melancarkan ME World Collections di Danga Bay | 
Butik Ekin ditutup? Betul ke? Kena tutup? Gulung tikar? Pindah? Atau ada masalah? Haa dlm paper mStar Online ade ckp la butik tu ditutup. Kata Ekin, sebab kontrak dah tamat. Kat sini ada la keratan artikel tu. Try korang baca part yang dihitamkan tu dan nilaikan apa sebab sebenarnya..
PETALING JAYA: Pelakon Nora’Asikin  Rahmat atau Ekin menolak tuduhan sesetengah pihak yang menuduh dia dan  Mawi mengalami zaman kejatuhan atau hampir bankrap sehingga butik mereka  di Danga Bay, Johor Bahru terpaksa di tutup sejak Julai lalu. Ekin yang dihubungi mStar Online berkata, butik pakaian busana muslim itu terpaksa ditutup kerana lot kedai yang disewa selama setahun telah tamat tempoh.
“Lagipun sejak perniagaan tersebut dibuka, sambutannya agak kurang  memberangsangkan. Jalan terbaik lebih elok ia ditutup sahaja selepas  kontrak sewa kedai tamat,” katanya. Ekin menjelaskan dia agak kecewa apabila timbul desas-desus kononnya  ada pihak yang menuduh faktor kejatuhan populariti Mawi antara penyebab  perniagaan berkenaan gulung tikar. Ujarnya kawasan tempat perniagaan tersebut tidak strategik selain banyak persaingan daripada kedai-kedai berdekatan. Faktor itu membuatkan dia dan Mawi mengambil keputusan untuk menutup  sahaja butik tersebut dan akan memindahkannya ke Bangi, Selangor secara  berperingkat.
“Sekarang saya dan Mawi sedang mencari lot-lot kedai yang sesuai  kerana kami akan membuka butik berkenaan di kawasan sekitar Bangi. Ia  lebih mudah kerana saya pun tinggal di Kuala Lumpur. Senang nak uruskan  perniagaan berbanding sekarang ini saya menyerahkan kepada saudara saya  untuk menjaganya,” kata Ekin.
Menurutnya walaupun bisnes berkenaan ditutup tetapi dia dan Mawi ada  menjalankan perniagaan lain iaitu menyewakan tapak gerai di Medan Selera  Rambai-Rambai yang terletak berdekatan Dataran Bandaraya Johor Bahru. Katanya, perniagaan berkenaan amat memberangsangkan kerana pelbagai  makanan istimewa Johor turut dijual di sana selain Mawi sendiri membuka  gerai menjual air. Selain itu katanya, sempena Ramadan yang akan menjelma Ekin akan  mencari tapak bazar Ramadan di Johor Bahru untuk meneruskan aktiviti  pada tahun lalu dengan menjual jubah dan baju kurung.
Yang mana satu faktornya? Adakah macam yang kecoh diperkatakan yg berpunca dari 'kejatuhan' Mawi?  Atau kerana peminat tak suka Ekin sebab dikatakan asyik ikut Mawi ke sana sini? Entahlah...!


0 comments:
Post a Comment