Ramadhan kali ini sangat bermakna untuk pelakon jelita, Fasha Sandha kerana selain berpeluang berbuka puasa dengan keluarga tersayang, Fasha juga berpeluang berbuka puasa dengan kekasihnya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli @ Jejai.
Pada 13 Ramadhan lalu, Fasha Sandha dan Jejai telah berbuka puasa bersama buat kali pertama di Hotel Concorde, Kuala Lumpur. Fasha mengakui sejak membuat keputusan untuk berterus terang kepada peminat mengenai status hubungannya dengan Jejai,Fasha kini lebih tenang untuk keluar bersama Jejai dan merasakan pengakuan tersebut membuatkan dirinya lebih disenangi oleh peminat. Fasha Sandha yang tengah rancak menjalani penggambaran "chinta" mengakui dia kini banyak menerima tawaran berlakon yang memerlukan dia mengenakan tudung. Fasha selesa begitu namun untuk bertudung sepenuhnya, biarlah keinginan itu datang dari hati kerana apabila Fasha bertekad untuk bertudung, selamanya tudung itu takkan ditanggalkan.
3 comments:
i dunno why..but i hate this girl..umm..
but then..people change...i hope die bhagia ngn jejai
selalu2 blakon pki tudung, moga dpt hidyh utk pki tudung..org jahat bleh jd baik..tp jdi pelik & bnci le bila org baik jadi jahat.
xsuke dia...boley x if doa kan dia xbahagia dgn jejai?? hehehhee....
Post a Comment