Sebut zakat fitrah, mesti ramai yang pernah dengar. Tapi kalau tanya apa sebenarnya pengertian Zakat Fitrah, sape nak jawab? Haa.. Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Apakah syarat2 yang ditetapkan itu? Yang pertama, individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya. Yang kedua, anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari. Yang ketiga, memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya. Dan yang keempat, seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.Berikut adalah Kadar Zakat Fitrah bagi setiap negeri. Kat sini ada kadai mengikut negeri :-
Negeri | Kadar Zakat Fitrah 2010 (RM) |
Perlis | 6.00 |
Kedah | 7.00 |
Pulau Pinang | 7.00 |
Perak | 7.00 |
Selangor | 7.00 |
Negeri Sembilan | 6.50 |
Melaka | 6.50 |
Johor | 5.00 / 7.50 * |
Pahang | 7.00 |
Terengganu | 5.00 / 7.00 / 8.00* |
Kelantan | 7.00 |
Sarawak | 5.20 |
Sabah | 6.80 |
Wilayah Persekutuan | 7.00 |
Waktu mengeluarkan zakat fitrah pula terbahagi kepada 5 :-
WAKTU WAJIB
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
WAKTU YANG PALING AFDHAL
Sebelum sembahyang Hari Raya
Sebelum sembahyang Hari Raya
WAKTU SUNAT
Sepanjang bulan Ramadhan
Sepanjang bulan Ramadhan
WAKTU MAKRUH
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
WAKTU HARAM
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
*info dari e.zakat.com
2 comments:
thanks for d info
gud info...
Post a Comment