Akhirnya hubungan percintaan pasangan artis yang penuh kontroversi, Memey Suhaiza dan Norman Hakim akan dikukuhkan lagi dengan ikatan pertunangan.
Memey Suhaiza dan Norman Hakim dilaporkan akan mengikat tali pertunangan pada hari raya keempat nanti di rumah keluarga Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor. Keputusan itu dipersetujui apabila Norman berkunjung ke kampung Memey dan selepas keluarga mula berbincang untuk mengadakan majlis pertunangan tersebut.
Sementara itu, janda Norman Hakim, Abby Abadi enggan mengulas lanjut tentang pertunangan bekas suaminya itu. Abby Abadi juga ketika ditanya adakah dia akan mengikut jejak Norman Hakim yang akan bertunang, Abby Abadi kata, beliau tidak terfikir pun akan perkara tersebut.
1 comments:
haish.apelah nak jadi.
Post a Comment