Kontroversi yang melanda gara-gara penceraian jaguh badminton, Roslin Hashim dengan bekas isterinya, Norhayati Othman turut mengheret penglibatan Raja Azmi dan suaminya Jalani Sidek. Raja Azmi dikatakan punca penceraian Roslin Hashim manakala Jalani Sidek dikecam sebagai 'lelaki dayus' kerana membiarkan isterinya begitu..
Jalani Sidek berkata, Norhayati tidak boleh menghina dirinya gara-gara Norhayati dah malu besar kerana tindakannya menuduh melulu bahawa suaminya, Roslin Hashim bersama isteri saya, Raja Azmi di bilik hotel adalah tidak benar lalu dia membuat pelbagai dakwaan. Dakwa Jalani Sidek lagi, Allah maha mengetahui. Sebagai lelaki, Jalani berkata, dia masih waras dan tahu tanggung jawab sebagai suami.
Jalani Sidek turut sedih dengan apa yang berlaku. Katanya, sekiranya Norhayati mempercayai Roslin, Norhayati tidak akan bertindak begitu. Tambahan pula Norhayati mengenali Raja Azmi yang bertanggung jawab memperkenalkannya kepada Roslin.
1 comments:
Anda di Tag.sila ambil di sini
http://akuiza.blogspot.com/2010/08/tag-dari-ma.html
Post a Comment