Pengarah filem 4 madu,  Prof. Madya A. Razak Mohaideen nekad tidak ingin bekerjasama dengan pelakon Almy Nadia.. Kenapa?
Prof. Madya A. Razak Mohaideen dikatakan terlalu kecewa dengan sikap tidak profesional pelakon Almy Nadia yang gagal menghadirkan diri dalam majlis pra-tonton filem komedi yang bakal menjengah pawagam Syawal ini, 4 Madu walaupun tarikh dan butiran tentang majlis itu dah dimaklumkan 2 bulan lebih awal bagi membolehkan para pelakon meluangkan masa.
Prof. Madya A. Razak Mohaideen dikatakan terlalu kecewa dengan alasan yang  diberikan oleh Almy Nadia iaitu terikat dengan penggambaran di Melaka  sedangkan beliau telah memaklumkan tentang majlis itu 2 bulan lebih  awal.  Prof. Madya A. Razak Mohaideen juga menyifatkan alasan Almy Nadia  sebagai alasan tidak berasas. Katanya, jika pelakon-pelakon yang lebih  terkenal seperti Saiful Apek, Rosnah Mat Aris, Rozita Che Wan dan Fasha  Sandha boleh meluangkan masa, kenapa tidak Almy Nadia? Orang lain pun  sibuk juga. Akibat dari kes ini,  Prof. Madya A. Razak Mohaideen membuat  keputusan bahawa tidak mungkin bekerjasama lagi dengan pelakon yang  disifatkan sebagai tidak profesional di masa akan datang.. 



0 comments:
Post a Comment