SETIAP KLIK ANDA MEMBAWA MAKNA YANG BESAR KEPADA SAYA

Sunday, August 22, 2010

BUANG BAYI

WUJUDKAN TABUNG DNA?


Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata, tabung asid deoksiribonukleik (DNA) perlu diwujudkan bagi setiap bayi yang baru lahir untuk membantu menyelesaikan kes buang bayi di masa hadapan. Walaupun akan makan masa yang lama dan kos yang tinggi, namun ini sahaja cara untuk menangani masalah buang bayi yang semakin berleluasa. Dengan adanya tabung DNA ini, akan memudahkan polis mengenal pasti ibu bapa yang bertanggungjawab ke atas pembuangan bayi di masa akan datang. Sepanjang tahun ini, 75 bayi yang terdiri daripada 26 lelaki dan 25 perempuan serta 24 janin yang tidak diketahui jantinanya, dilaporkan telah dibuang. Untuk bayi2 yang lahir sekarang, boleh dikatakan bayi hasil dari sambutan tahun baru 2010. Untuk bulan depan, bayi hasil hari kekasih. Harap cuti umum untuk Hari Kemerdekaan nanti tiada bayi2 yang bakal dibuang akan dihasilkan. Benar kata KPS, masyarakat harus lebih peka. Biarlah orang kata busybody pun.. 

2 comments:

NARDtheNERD said...

tabung DNA.
hmmmmmm.
bagus jugak tu.

NuZmEEn'S said...

Setuju bila ada undang2 baru - hukum gantung bagi mereka yg buang bayi... Kan sama istilahnya dgn membunuh.. Klu ikut zaman dulu di arab rejam je sampai mati...
....na'uzubillah.....