SETIAP KLIK ANDA MEMBAWA MAKNA YANG BESAR KEPADA SAYA

Sunday, August 15, 2010

LAGI BAYI DITEMUI

APA KESUDAHANNYA???

bayi yang dijumpai dalam tong sampah tempoh hari
Setiap hari ada saja berita tentang bayi dijumpai tidak kira masih hidup atau telahpun meninggal dunia. Apa kesudahan kes begini? Kenapa tiap hari ada saja bayi yang tidak berdosa dibuang? Dan kenapa kemuliaan Ramadhan dicemari dengan berita2 begini? Dan yang terbaru...,
 1 lagi mayat bayi perempuan ditemui di tepi sungai Kota Damansara pagi tadi kira2 jam 11.40.

Masih terdapat tali pusat dan kesan najis pada bayi malang itu. Keadaan mayat bayi yang masih segar memungkinkan bayi tersebut baru saja ditinggalkan kat situ. Tapi belum dapat dipastikan masa bayi tersebut ditinggalkan di dalam beg berwarna hitam, bayi tersebut masih hidup atau tidak. Dan kalaulah bayi2 yang dijumpai sebelum2 ni yang dibuang semasa masih bernyawa, tiba2 dengar dalam berita bayi tersebut meninggal, tidakkah terkesan apa2 dalam hati mereka yang membuang bayi itu? Kita jangan cakap la pasal pembuang bayi leh disabitkan kesalahan membunuh @ cubaan membunuh dan boleh dihukum gantung. Yang jadi persoalan, hati kita. Kenapa tergamak buat macam tu? Dah tiada belas kasihankah pada bayi yang tidak berdosa tu? Apa nak jadi manusia zaman sekarang..?

3 comments:

gnesop said...

bila lah nak berhenti kes ini..!

CIK TOM said...

hurm...sadisnya...makin hari makin bertambah...ni semua yang kesan dari new year ari2 kot...

sayang-you said...

a'ah la.. kalau dikira2 memang sah la hasil new year!