SETIAP KLIK ANDA MEMBAWA MAKNA YANG BESAR KEPADA SAYA

Wednesday, August 25, 2010

BUDAK MATI DISEMBELIH

Seorang kanak-kanak lelaki ditemui mati akibat disembelih seorang saudara terdekat di sebuah rumah di Kampung Sungai Budor, Kota Bharu.
Dalam kejadian jam 11.40 pagi semalam, mangsa, Mohd Adam Muzaffar Muhaimi mati di tempat kejadian manakala pemuda yang menyerangnya didapati cedera di leher akibat cubaan menyembelih dirinya sendiri. Lelaki terbabit berusia dalam lingkungan 33 tahun dipercayai pernah mendapat rawatan mental di Hospital Raja Perempuan Zainab II. Lelaki terbabit juga yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di Kota Bharu dikatakan telah lama tidak makan ubat bagi mengawal penyakit mentalnya itu. Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, ACP Mazlan Lazim berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh. Salam takziah buat keluarga mangsa.

0 comments: