POSITIF H1N1 MENINGKAT 25 PERATUS
Jumlah pesakit yang disahkan menghidap Influenza A (H1N1) meningkat 25  peratus minggu ini kepada 64 kes bagi tempoh 8 hingga 14 Ogos lepas  berbanding 51 kes pada minggu lepas. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata ini  menjadikan jumlah terkumpul kes positif H1N1 adalah sebanyak 15,584  orang dengan jumlah kematian kekal 92 orang. Dr Mohd Ismail juga berkata walaupun dunia kini berada di dalam fasa pasca  pandemik H1N1, orang awam diingat supaya mengambil langkah-langkah  kawalan dan pencegahan kerana penularan jangkitan virus itu dijangka  berterusan untuk beberapa tahun akan datang sebagai influenza bermusim. Sekarang ni pegi mana2 mana ada orang pakai penutup hidung dan mulut lagi. Jom pakat pakai ramai2..
![]()  | 
| pemakaian penutup hidung dan mulut mampu mengawal penularan wabak H1N1 | 



0 comments:
Post a Comment