SETIAP KLIK ANDA MEMBAWA MAKNA YANG BESAR KEPADA SAYA

Monday, August 30, 2010

KERANA AWAK CINTA YANG TERPILIH


CINTA adalah lautan masalah. Aku lemas. Tidak bolehkah cinta itu manis sepanjang masa?


Apabila dia kemalangan, rupa-rupanya di sebelah dia ada perempuan lain! Ke Johor konon atas urusan perniagaan, tapi kemalangan dengan perempuan seksi di Pulau Pinang! Malam ini bukan malam jahanam. Aku berkelana untuk membuang badi cinta. Aku taknak mengusung sengsara selamanya. Semoga ALLAH lapangkan dadaku untuk menerima musibah ini dengan redha dan semoga aku akan menjadi wanita yang lebih baik daripada semalam. DIA, tak mungkin aku akan meraih cintanya lagi walaupun kami bergelar tunang. Aku ada maruah. Dia pun ada maruah. Manusia buat silap, ALLAH ampunkan. Namun kesilapan manusia sesama manusia, memang payah untuk saling memaafkan kan? Aku bukan minta putuskan pertunangan, cuma minta pernikahan ditangguhkan untuk muhasabah diri dan yang paling penting untuk membina semula kepercayaan yang telah hancur. Mungkinkah DIA cinta yang terpilih???

Pernahkah kepercayaan anda dihancurkan oleh seseorang yang anda sayangi? Apakah yang wajar AKU lakukan? Ops, ini bukan kisah benar apayangpanas. Sekadar berkongsi masalah orang lain..

7 comments:

papadam said...

wahhhh.... parah ni. bunga bukan sekuntum. kumbang bukan seekor. x yah nak pikul biawak hidup. nasib baik tau b4 kawin. hahaha.... ayat aku mmg kasar... diulangi... biawak hidup

[.ika itu aku.] said...

fitrah wanita...
sekali terluka, smpai bila2 akn ingt..
hati kami ni fragile...
jgn la bg retak senang2, ssh nk fix blk...huhu

cik miss said...

ada sesuatu yg Allah nk tnjuk kn kt situ..renung2 kn la..tmbhkn dgn istikharah..semoga pilihan kita tepat seiring dgn jln Allah..bkn ats hasutan syaitan..

± said...

panass...panass
ok la baru bertunang.seb baik mintak tanggung.kalo x, x pasal2 jadi janda

p3perak said...

kdg2 perlukan pengorbanan utk kecapi kebahagian..

Hayati Hamzah said...

jgn pcaya lagi!!

kindergartenlibrary said...

pernah juga , tapi disebab kan Nelly jenis tinggalkan orang dengan mudah .
so , bla terus dari hidup dia .