Roslin Hashim di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur |
Semalam kecoh pasal Roslin cerai lepas sebulan kahwin. Tapi saya tak buat entry pasal tu. Tapi hari ni saya buat entry pasal punca penceraian Roslin Hashim dengan isterinya, Norhayati Othman. Mesti ramai yang nak tahu..
Isteri Roslin Hashim, Norhayati Othman berkata, cerai berlaku selepas dia tangkap Roslin bersama Raja Azmi Raja Sulaiman di sebuah bilik bernombor 533 di Hotel Corus, Ampang, di sini pada 7 Ogos lalu. Bila tertangkapnya Roslin pada malam kejadian, berlakulah pertengkaran antara Roslin Hashim dengan Norhayati Othman hingga lafaz cerai terucap dari mulut Roslin Hashim yang berbunyi "i cerai you lah" pada jam 8.30 malam. Menurut Roslin, dia amat marah dan kecewa dengan tindakan Norhayati yang cuba mengaibkannya dengan menghubungi pejabat agama dan juga wartawan untuk menangkap dia dan Raja Azmi. Sementara itu, Roslin dalam keterangan mendakwa dia pergi ke hotel itu bersama Raja Azmi dan dengan pengetahuan Jailani sendiri. Roslin jugak tidak menafikan pada hari yang sama sejak jam 3 petang dia menghabiskan masa bersama Raja Azmi. Mereka makan durian bersama dan menunggang kuda di Kemensah. Roslin juga mendakwa beliau menganggap Raja Azmi sebagai kakak dan ibu kerana hubungan rapat mereka yang terjalin sejak 12 tahun lalu begitu juga dengan Jailani.
2 comments:
kah dulu pun sal raja azmi ni jugak , aku rase lah kan ....
ehem2 , mls lah nak expect ape2 , tak baek pose2 nih , hehehe
adeh macam2..nak komen lebih2 takut kurang pahala puasa...wallahualam..
Post a Comment