SETIAP KLIK ANDA MEMBAWA MAKNA YANG BESAR KEPADA SAYA

Saturday, August 14, 2010

TRAGEDI BAZAR RAMADHAN

Ketika umat Islam sedang gembira mengerjakan ibadah puasa yang baru masuk hari ke 4, ada keluarga yang sedang bersedih kehilangan ahli keluarga tersayang kerana dihempap besi khemah ketika sedang berniaga di bazar ramadhan. Berlaku di Bazar Ramadhan di Stadium Jasin, Melaka semalam. 
gambar selepas kejadian ribut di Bazar Ramadhan Stadium Jasin
Dalam kejadian jam 4.45 petang itu, dua peniaga dan seorang pengunjung pasar Ramadan berkenaan terbunuh, dua daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi beberapa jam selepas dimasukkan di hospital. 
orang ramai di sisi mangsa
Hanya lebih kurang 4 minit ribut berlaku tetapi meranap dan menerbangkan keseluruhan 21 khemah besar peniaga di kawasan letak kereta di stadium berkenaan. Tragedi ini mengorbankan 3 nyawa iaitu 2 peniaga dan 1 pengunjung serta 17 pengunjung yang lain cedera. Takziah kepada keluarga mangsa.

0 comments: