SETIAP KLIK ANDA MEMBAWA MAKNA YANG BESAR KEPADA SAYA

Thursday, September 23, 2010

EPISOD AKHIR EPILOG SYURGA CINTA

Drama Epilog Syurga Cinta yang ditayangkan di TV3 di slot Akasia telah pun tamat hari ini. Drama bersiri ini diadaptasi dari filem Syurga Cinta yang dilakonkan oleh Heliza, Awal Ashaari dan adik Haziq. Tapi untuk drama Epilog Syurga Cinta, watak-wataknya digantikan oleh dilakonkan oleh para pelakon yang hebat seperti Zizan Nin, Fida dan pelakon cilik adik Mia Sara. Apakah ending drama ini? Siti Syuhada bertemu jodoh dengan Irham atau Ustaz Riyan yang jadi pilihan hati? Dimanakah anak Xerra dengan Irham? Atau adakah  Irham dengan Xerra akan berkahwin? Adakah Puan Seri Mahani akan insaf?
Drama ini agak suspen jugak la. Rupanya Irham dengan Xerra pernah berkahwin tetapi tidak direstui oleh keluarga. Maka perkahwinan itu dirahsiakan dan Mia adalah anak hasil perkahwinan Irham dengan Xerra. Ingatkan mereka akan bersama tapi rupanya Irham pilih Syuhada manakala Ustaz Riyan menerima Xerra@Suhaila. Mia pula dapat 2 orang papa dan 2 orang mama serentak.
Fida-Heroin drama Epilog Syurga Cinta



Pengganti untuk slot Akasia nanti adalah drama bertajuk  Chinta lakonan pelakon Fasha Sandha. Adakah drama ini akan "menggam" punggung penonton untuk setia di depan televisyen setiap petang hingga episod akhir? Sama-sama kita saksikan.
                                                   

4 comments:

rutikeben said...

kadang2 tengok jugak citer nih heheh

iszieylyanziy said...

best2 ending

+akufobia+ said...

kadang tengok kadnag tak.tak kisah pun.haha.

subanya selvakumar said...

hey... very nice to see..

visit and give ur comments too:
http://talkanythings.blogspot.com