SETIAP KLIK ANDA MEMBAWA MAKNA YANG BESAR KEPADA SAYA

Monday, September 20, 2010

NORMAN RUJUK ABBY ABADI?

Belum pun reda pasal tuntutan hutang hantaran berjumlah RM11,111.00, Abby Abadi dedahkan lagi satu isu mengenai bekas suaminya, Norman Hakim yang dikatakan ingin rujuk semula dengannya pada tahun ini. Kiranya masa dengan Memey Suhaiza, Norman masih mencuba nasib dengan Abby la? Mungkinkah faktor nak tunggu jawapan dari Abby yang buat Norman lambat untuk buat keputusan titik hubungannya dengan Memey atau mungkinkah kerana jawapan tidak dari Abby buat Norman mengikat tali pertunangan dengan Memey?
Menurut Abby Abadi, Norman Hakim pernah meluahkan kata-kata "saya rindu awak" dan pernah menyatakan hasrat untuk berbaik semula tapi Abby buat taktahu sahaja. Mungkin serik dengan apa yang dia dah terkena dengan Norman. Akhir-akhir ini kita baca melalui akhbar mengenai perdebatan antara Abby Abadi dan Norman Hakim serta ada terselit Memey Suhaiza mengenai tuntutan hutang wang hantaran oleh Abby kepada bekas suaminya itu hingga ada cakap-cakap belakang yang mengatakan Abby nampak macam benci sangat-sangat pada Norman tapi menurut Abby, Norman tidak dianggap sebagai musuh mahupun kawan cukuplah sebagai bapa kepada 3 orang anaknya iaitu, Mohamed Danish Hakim,7, Marissa Dania Hakim,5, dan Maria Danisha Hakim,2. Abby turut menegaskan dia tidak kisah apa orang nak kata, yang penting tindakannya demi kebajikan anak-anaknya. Bersabarlah Abby.. Kepada semua lelaki di luar sana, ingatlah bila anda bercerai, bekas isteri anda tak payah sara tapi anak-anak janganlah dilupakan. Takkan sampai nak kena turun naik mahkamah baru nak bagi? Bukan orang lain pun, darah daging anda juga!


                                                    
                                                             Mungkinkah Memey akan mengalami nasib yang sama dengan Abby?

6 comments:

mira_nas said...

haiyakk.. norman nih ada something wrong somewhere lah..
anak tiga buat perangai ag..

cikpia said...

tak paham la diaorang nie.... tapi aku memang tak suka dodua..... bosan ngan citer2 diaorang.

CIK TOM said...

xsuka abby,norman n memey..semua perangai 2x5 je...buka pekung kat dada masing2..memalukan..

Anonymous ® said...

setuju ngan Tomato. tak berkenan ngan artis bertiga nih..

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

artist and gosips ibarat irama dan lagu!! hikaayat artis sejak purbakala lagii memang mcmtu suratannya...

Rosmarieza said...

tak faham la ngn norman~;)