SETIAP KLIK ANDA MEMBAWA MAKNA YANG BESAR KEPADA SAYA

Sunday, October 24, 2010

WABAK TIKUS DAN PENYAKIT LETOSPIROSIS

Sekarang ni ramai dah sedar tikus bukan sebarang haiwan tapi dikategorikan sebagai merbahaya. Banyak kawasan-kawasan perumahan mempunyai kesedaran tentang bahayanya penyakit bawaan tikus. Contohnya di kawasan perumahan saya, kempen menghapuskan wabak tikus dan penyakit letospirosis dan kempen kesihatan diadakan pada 24 Oktober 2010. Ia diadakan di kawasan rukun tetangga Pandan Glades anjuran bersama Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Pandan dan pastilah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Pandan, Yang Berhormat Dato' Sri Ong Tee Keat.Kempen yang bermula dari jam 8 pagi ini berakhir pada jam 1 petang. Boleh tahan la sambutannya. 100 orang pertama diberikan perangkap tikus percuma.
 
Penduduk beratur untuk membuat pemeriksaan kesihatan percuma




Selain dari kempen kesedaran tentang bahaya tikus dan wabak bawaan tikus, kehadiran Y.A.B Dato' Sri Ong Tee Keat juga adalah untuk mendengar masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat. Haa macam inilah wakil rakyat, rajin turun padang jumpa rakyat. Barulah tahu masalah kami, penduduk disini. 

Y.A.B kusyuk mendengar masalah penduduk
Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menganjurkan kempen ini. Harap segala aduan penduduk yang telah dibincangkan mendapat tindak balas sewajarnya. Terima kasih juga kepada Y.A.B Dato' Sri Ong Tee Keat kerana rajin meluangkan masa berjumpa dengan penduduk kerana ini bukan kali pertama Y.A.B meluangkan masa beliau untuk tahun 2010.



6 comments:

Unknown said...

tikus pun ....leh bagi penyakit..xnak kawan la ngan tikus
Dunia Maya Vs Dunia Realiti

cacing said...

ib baik takde wabak cacing... ehhehe

papadam said...

adushhh... macam2 penyakit sekrang ni. hmaster mcm mana? hamster pun tikus juga....

p/s: errrr... aku pun ada kt sana jugak wat chck up. yg mana satu apayangpanas ek? hee

Asri Alam said...

dunia makin canggih, penyakit pun makin canggih.. semua ni gara-gara pencemaran berleluasa

Nurul said...

awk.. it's leptospirosis bukan letospirosis.. hiihi.. peace!

Unknown said...

tetap x mau kawan ngan tikus...:(
Ahad Yg Indah