SETIAP KLIK ANDA MEMBAWA MAKNA YANG BESAR KEPADA SAYA

Thursday, October 21, 2010

DUIT

 
Duit duit... dimana kau duit? Apa cerita duit? Jom kongsi..
Duit
Sape taknak duit kan? Malah duit ni memberi impak yang besar dalam kehidupan kita, boleh buat kita dipandang tinggi dan boleh buat kita dipandang hina. Kerana duit, ada yang gelap mata, sanggup menyembunyikan kebenaran sebab disogok dengan duit. Kerana duit, ada yang sanggup membunuh. Kerana duit, keluarga berpecah. Banyak impaknya duit ni. 

Saya tertarik dengan kisah benar seorang sahabat saya. Abang dia desak dia buat loan RM40k untuk bagi dipinjam. Untuk apa? Untuk masuk skim ala-ala skim cepat kaya. Melabur RM35k, bulan-bulan dapat RM5k hingga RM10k seumur hidup! Ada ke pelaburan yang begitu menguntungkan? Janji dia, setiap bulan, dia akan bayar lebih dari separuh dari apa yang bank potong gaji sahabat saya ni.. Bila sahabat saya ni taknak buat loan, si abang main kata-kata semua ni bukan untuk diri dia tapi untuk hantar mak ayah pegi haji. Alahai murninya niat! Kenapa si abang tak buat loan sendiri? Sebab namanya di black list sebab hutang PTPTN. Tak bayar hutang PTPTN, adakah dia akan bayar hutang dengan adik dia? Dan sekarang, sahabat saya ni bermasam muka dengan abangnya. Pada saya, saya rela bermasam muka daripada tolong abang benda yang tak pasti. Ingatlah duit senang nak habis tapi tak semudah yang difikirkan untuk kumpul duit. Ini kisah benar sahabat saya mengenai duit. Anda ada kisah2 yang boleh dijadikan teladan? Jom share..

2 comments:

papadam said...

duit ye? pasal duit boleh tambah sedara dan putus sedara. bila banyak duit, ramai yang ngaku sedara. bila xde duit, sedara ilang ntah ke mana. skim cepat kaya ye? mula-mula manis la mulut. kalo skim tu x jalan? sapa yang tanggung utang? hehehe

Aku Anak Pahang said...

Duit segalanya utk dunia jika betul jalannya mungkin sampai ke akhirat jua.