SETIAP KLIK ANDA MEMBAWA MAKNA YANG BESAR KEPADA SAYA

Monday, October 4, 2010

PENGORBANAN BUAT KEKASIH

Pengorbanan buat kekasih..

berkorban apa saja.harta ataupun nyawa.itulah kasih mesra.sejati dan mulia.
Senikata dalam lagu nyanyian Allahyarham P.Ramlee dari filem Hang Tuah. Memang sedih tengok filem tu. Pengorbanan Hang Tuah untuk Sultannya. Tapi itu zaman Hang Tuah. Zaman kita, zaman sekarang, pengorbanannya lagi hebat. Bukan pengorbanan untuk suami atau isteri tetapi pengorbanan untuk kekasih. Apa bentuk pengorbanan? Puas hatikah berkorban untuk kekasih? Berbaloikah?
Saya tidak ketinggalan menonton drama slot akasia, Chinta lakonan Fasha Sandha, Ady Putra, Azhar Sulaiman dan ramai lagi barisan pelakon yang hebat. Bukan drama Chinta yang ingin saya bicarakan tetapi tentang pengorbanan. Dalam drama Chinta, Kamal sanggup pergi rompak rumah Tuan Haji Karim sebab tak ada duit untuk mengahwini kekasihnya. Demi cinta, sanggup merompak! Itu satu pengorbanan. Cuma bijak atau tidak bijak sahaja. Dan dalam drama Chinta juga, Chinta sanggup memaafkan kekasihnya yang telah merogol dirinya dan sanggup menelan cemuhan penduduk kampung. Chinta tak pergi pun lapor polis untuk heret Fakri ke muka pengadilan. Inipun satu pengorbanan untuk kekasih. Ini yang dalam drama. Yang di dunia realiti, banyak lagi pengorbanan yang dilakukan demi kekasih. Sanggup bergolok gadai untuk memenuhi kehendak kekasih, sanggup jadi penjamin kepada kekasih yang ingin membuat pinjaman, sanggup lari dari rumah demi bersama kekasih dan macam-macam lagi. Tapi persoalannya, berbaloikah? Kalau kekasih anda jadi pasangan hidup anda, mungkin berbaloi tapi bagaimana jika hubungan terputus di tengah jalan? Tidakkah anda yang rugi? Jika yang jadi penjamin, akibatnya anda akan tanggung bertahun-tahun. Jika yang sanggup menghabiskan wang simpanan, tidakkah anda rasa menyesal? Apakah bentuk pengorbanan yang anda pernah lakukan kepada kekasih anda? Berbaloikah? Tak menyesalkah anda? Dan adakah kekasih anda juga berkorban untuk anda? Atau hanya anda sahaja yang berkorban? Jom kongsi!

4 comments:

Cik Tim said...

huhu..no comment la sebab kita pun tak tau la. kalau bagi kita, rasanya tak berbaloi bila akhirnya hubungan tu tak kemana dan diri terjerat dengan macam2 masalah.. kalau jadi husband and wife..mungkin lain la kot moralnya.. :)

CIK TOM said...

hurm..tak perlu nak berkorban..bukan konpem pun jadi suami/isteri...

Anonymous said...

klu da cnfirm jd laki bini,,berbaloi lah kot,,,tp skrg macam2,,msg2 bekorban demi cinta

Anonymous said...

tapi zaman skrg perempuan sanggup korbankan tubuh badan utk kekasih lelaki....ini yg tak patut....