SETIAP KLIK ANDA MEMBAWA MAKNA YANG BESAR KEPADA SAYA

Friday, October 1, 2010

TIPS KEKASIH BLUR

APABILA KEKASIHKU SEORANG YANG "BLUR"
Bagaimana cara mengatasi kekasih yang "blur"? Haa disini ada tipsnya..
Berubah
Minta saja sidia ubah sikapnya yang "blur" itu dan berikannya masa. Jangan harap sidia boleh berubah serta merta. Dan jika sidia gagal berubah dan anda dah tak tahan, blah sajalah daripada asyik makan hati dengan sikapnya. Tapi blah la dengan cara yang berhemah. Jangan pula ada yang berdendam..
Pujuklah hati
Apa boleh buat jika hati dah TERjatuh cinta pada seseorang yang "blur" kan? Takkan nak tinggal? Terimalah seadanya. Anggaplah itu kelebihannya. Adakalanya dalam sesuatu situasi, kita perlukan kekasih yang "blur". Dengan itu pujuklah hati kamu.. Sidia tetap istimewa. Fikir begini aje, tiada yang sempurna dalam dunia ini.
Lebih terperinci
Anda harus menerangkan sesuatu perkara itu dengan lebih mendalam lagi. Ini disebabkan sidia yang sinonim dengan sifatnya  yang "blur" boleh membuatkan setiap pesanan yang anda sampaikan berlalu begitu saja ataupun tak 'sampai' pada sidia seperti yang anda inginkan.
 
Aduh! Kenapa boleh lupa?
Sidia yang "blur" mungkin seringkali TERlupa tarikh pentingmu seperti hari jadi, hari ulangtahun percintaan dan lain-lain. Dah tau sidia begitu, tak payahlah anda nak melenting@merajuk. Ingatkan sidia saja. Tak perlu mengharapkan sidia ingat sendiri dan akhirnya anda yang kecewa.  

Jangan berkias
Bagi mengelakkan anda terus sakit hati, apa kata juka anda terus terang saja pada sidia keinginan anda, jangan berkias. Contohnya anda ingin ajak sidia menonton bermain bowling, jangan pula anda cakap "dah lama tak main bowling". Pasti anda akan kecewa. Terus terang saja "jom main bowling". 

9 comments:

Solihin Zubir said...

tinggal terus la senang.. hehe..

tieha ismail said...

tau xpe...tinggal je terus...weee~~~ pening kepala nanti

Black_roses92 said...

dah tau blur yang g ambek tu sape soh.. haha.. ish2..

Nobita Sensei said...

amboi-amboi..sume suruh tgl ek..walaupun blur tp setia xpe..jgn x blur tp buaya pdn muke~

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

suka tengok mamat yang blur...

kompom kena buli hakhak

misz myza said...

blur2 pun dia masih punyai jiwa dan perasaan.. ahhahaha..

Mawar Merah said...

Blur bukan tanda tak cinta. Mayb cuma kurang berperasaan dan kurang ambil berat hal2 menjaga keeratan hubungan je. But, mereka boleh diubah menjadi lebih peka dan mengambil berat.

Tapi kalau kes yg wat2 blur ni, mmg harus dibasuh je. Asyik kita je yg menghidupkan suasana. Dia tak heran pun =(

yebbit + . + said...

hehehe. Mr Bumblebee plak suke buat2 blurr, rse nk lmpang kdg2. heee

Zurina Jamjin said...

Blur bkn bmaksud tak syg...Setiap psgn tu cermin kpd psgnnya...
For me, blur itu indah...:)