SETIAP KLIK ANDA MEMBAWA MAKNA YANG BESAR KEPADA SAYA

Friday, October 15, 2010

BAJET 2011


Bajet 2011 telahpun dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak di Parlimen petang tadi. Maka terjawab la sudah teka-teki yang bermain di firikan rakyat Malaysia. Jom usha balik bajet 2011....
Bajet yang bertemakan Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi” memfokuskan ke arah empat pekara utama iaitu mendaya kembali pelaburan swasta, membangunkan modal insan, mensejahterakan hidup rakyat dan memantapkan penyampaian perkhidmatan awam.

Antara yang menarik perhatian saya ialah 
  • memberi fleksibiliti dengan menentukan sendiri cuti bersalin sehingga 90 hari kepada penjawat awam wanita tertakluk kepada had semasa 300 hari - ibu dapat menjaga sendiri anaknya dan kes kematian bayi di rumah pengasuh mungkin dapat dikurangkan.
  • mengecualikan cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit - harap harga telefon bimbit akan turun...dapatlah beli telefon idaman :)
  • menaikkan cukai perkhidmatan kepada 6%, termasuk perkhidmatan penyiaran TV berbayar - aduhh..yang sekarang ni pun dah mahal, naik lagi 6%, tak makan dah la kat restoran makanan segera :(
  • dana Pencen Swasta akan dilancarkan pada 2011 untuk memanfaatkan pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri - wahhh ini best :)
  • transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) di Greater KL (Lembah Klang) akan dilaksanakan mulai 2011, dengan anggaran kos pelaburan swasta kira-kira RM40 bilion - ini lagi bagus. semoga semakin ramai yang menggunakan perkhidmatan awam bagi mengelakkan keseseakan lalu lintas.

Banyak lagi perkara yang dibentangkan dalam bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri kita. Semoga pembentangan bajet 2011 ini dapat memuaskan hati semua pihak.

4 comments:

sizuka[Izzati] said...

ada dengar certain benda buat org tak puas hati.benda apa eh?

MangkOk cHenTa ♂ said...

mintak2 le bajet kat scolarship byk skek.. =P

g0m0k9enDek said...

bajet 2011 yg panas!

ceritasekupang said...

apa fungsi menara merdeka??