SETIAP KLIK ANDA MEMBAWA MAKNA YANG BESAR KEPADA SAYA

Monday, October 25, 2010

WANITA DIEKSPLOITASI

 
Sekarang ni sibuk orang memperkatakan tentang wanita dieksploitasikan. Sensitiviti wanita tak diambil berat. Kecoh pasal filem yang tengah hangat di pawagam, Cuti Cuti Cinta lakonan Farid Kamil dan Nora Danish. Kecoh pasal dialognya..
Dialog yang berbunyi "tu apa tu nasi lemak 50 sen"..
Bagi saya, dialog tu tak patut. Memang filem Cuti Cuti Cinta tu filem komedi romantik tapi rasanya dialog tu tak perlu untuk menarik perhatian penonton. Banyak lagi filem yang meletup dalam negara kita yang tak gunakan dialog-dialog yang tak patut. 
Lagi 1, masa tonton filem Cuti Cuti Cinta, ada la iklan bagi filem akan datang. Ada 1 filem ni, filem kita, filem melayu yang menggunakan dialog "perempuan pakai tudung untuk tutup love bite aje". Apa mesej yang ingin disampaikan melalui dialog tu? Perempuan bertudung tak baik? Perempuan bertudung jahat? Saya faham filem tu filem yang nak mengetengahkan taubat seseorang tapi rasanya tak perlu la dialog itu kerana penerimaan setiap orang berbeza. 

Macam dalam drama Janji Kekasih slot Akasia TV3 baru-baru ini pun mengisahkan perempuan yang bertaubat. Tak ada pun menggunakan dialog yang menjatuhkan perempuan tetapi mesejnya tetap sampai kepada penonton. Pendapat saya la, mesej dalam sesuatu drama / filem akan sampai pada penonton juga walaupun tanpa dialog-dialog murahan!

Maaflah jika kata-kata ni kedengaran macam emosional. Tapi saya tak suka dengan filem yang tak mengambil berat tentang sensitiviti wanita. Ada ke dalam negara kita filem yang mengeksploitasi lelaki? Opppss!!!

9 comments:

Unknown said...

orang2 gatal suke la filem2 macam ni..

papadam said...

hm.... dialog2 tu cuma ajinomoto. sebenarnya, kalau pandai masak, x yah letak ajinomoto. kalo x pandai masak, letak la... baru ada rasa sikit makanan tu. itu la ibaratnya

ghost said...

iskh lau setakat sebut dialog nasi lemak 50cent tue aper lar sangat..bukan pe2 pon.

sayang-you said...

SI BISKUT
yes bkn ape2..tp sbg org pompuan,malu la!sebab dialog tu,maka muncul soalan2 ni bila bbual- "nasi lemak pompuan tu brp sen ek". ni kisah benar woo! masa nk kuar wayang TERdengar budak2 lelaki bckp!xde pape ke?

ghost said...

dunia lelaki lau ikut yg realnya memang selalu sebut macam tuh pon,cuma tak dikomersialkan macam dalam filem.

NuZmEEn'S said...

setuju beno...
makin lama makin byk filem yg tak begitu berkualiti.

one2paii said...

best sgt ke citer tuh bai??

The Official Miss CHEKLEEN said...

ha ah kan..asenye tak perlu la dialog tu..memang selalu je dialog ni berkumandang kat luar ni..tapi tak payah la nak di komersialkan..

:) said...

cte ni tnggu dwnld je la..hehehe