SETIAP KLIK ANDA MEMBAWA MAKNA YANG BESAR KEPADA SAYA

Friday, October 1, 2010

BERNIAGA DI INTERNET

Untung ke?
Senang ke nak cari market?
Boleh ke bersaing dengan kedai luar?
Inilah yang bermain di fikiran saya bila buka blog kawan-kawan yang menjual apa-apa la di blog mereka. Ada yang jual cenderamata, kain batik, baju kurung, shawl @ selendang, tudung dan macam-macam lagi la..! Untung ke mereka ni? Siapa pembeli mereka? Ada sesiapa boleh tolong jawab?Bulan puasa hari tu, lagi la macam cendawan tumbuh kedai2 blog ni. Dan mestilah kebanyakannya jual baju ready made. Tapi saya tak usha la. Banyak la faktornya. Antaranya mestilah saya fikir harganya mahal! Yelah kos pos lagi.. Tapi ada 1 kedai ni yang saya usha. Dia jual shawl. Dan kalau saya kata saya usha, of course la saya ni berjantina perempuan@female.. Hehehe bukan apa, ramai yang ingat saya ni lelaki.. Ok balik pada kedai tadi. Kedai tu ialah cantikmall. Sebenarnya saya memang tak suka beli barang yang takleh tengok dan pegang barang tu sebelum beli.. Bukan apa, takut tak puas hati. Tapi bulan puasa hari tu, maklum ajelah masjid jamek dah sah-sah sesak. So malas la nak pegi cari tudung raya. Terjumpa blog tu kat cbox kawan-kawan. Usha punya usha, try la beli. Dan hasilnya? Perrhh saya puas hati. Hahaha. Harga? Biasa aje lepas dicampur kos pos. Ala nak jimat jangan beli satu2. Beli 2-3 helai sekaligus leh kongsi pos.. Hahaha.. Dan bermula dari itu, prinsip kena tengok dan pegang barang sebelum beli telah saya lupakan. Wakaka.. Anda ada pengalaman begitu? Atau ada kedai yang nak direkomen kepada saya? Ahaa saya tengah mengusha kedai yang nak terima tempahan cross-stich Ayat Kursi dengan harga yang berpatutan . Ada tengok dalam 1 blog hari tu. Tak salah namanya norzie tapi dia tak terima tempahan. Dia buat just sbg hobi aje. TERjatuh cinta sebab tengok cantik sangat! Tapi tak ingat la url dia. Kalau tak leh link kan kat korang.. Memang la senang aje buat tapi malas nak buat sendiri.. Ahaks! Tau tak mana2? Jom share..

5 comments:

CantikMall said...

Wahhh!!! tq apayangpanas. sbb tolong promote. Cantikmall ni, baru tgh merangkak2. Tq sbb support. Len kali beli lagi ye... rasa mcm dh byk juga apayangpanas beli ngan saya :)


http://cantikmall.blogspot.com/

Abu Luqman said...

singgah malam..dari Abu Luqman..di kala tnet slow

sop said...

dah lama nak berniaga di internet tp masih blom ada produk utk dijual..
blom jumpa yg best2..
nak sgt berniaga..iks iks
harap tercapai juga nanti :)

shida anwar said...

saya..biasalah beli buku terpakai/baru online...harga puas hati gak...tp kn pandai survey..

Panduan Bayar Online said...

kite kena suppot kwn2 lain....