Selepas kecoh negara kita mengenai kes Raja Azura ke sesi kaunseling dan akhirnya kes penceraian Raja Azura dengan Adzmin Tan Sri Osman disahkan, sukar untuk kita dengar komen dari Raja Azura sendiri. Dan tiba-tiba ada satu kenyataan rasmi dari Raja Azura. Apakah itu? Haa sila baca..
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Maafkan saya kerana sukar untuk dihubungi beberapa hari kebelakangan  ini. Mungkin ini telah menyebabkan ramai menganggap saya sengaja  mengelakkan diri, terutama daripada rakan-rakan media, tetapi segala  tindakan saya bersebab. Sebagai manusia, saya tentulah ada kelemahan.  Saya masih sedih dan belum bersedia untuk berhadapan dengan masyarakat,  apatah lagi berbicara mengenai keadaan saya secara terbuka. Berikanlah  saya masa untuk mengumpul kekuatan diri dan meredakan emosi. Masalah  yang saya alami adalah sangat peribadi dan saya amat berharap semua  pihak dapat hormati ruang peribadi saya. Sebagai anak seni yang telah  lama berkecimpung dalam bidang ini, saya maklum akan tuntutan kerja  wartawan. Walaupun dihujani dengan panggilan telefon dan pesanan  ringkas, bahkan ada yang tekad sehingga menunggu saya di pejabat, saya  tidak marah mahupun kecil hati.
Saya ingin mengesahkan bahawa, kes mahkamah saya telah selesai secara  damai dengan persetujuan bersama. Perceraian antara saya dan Adzmin Tan  Sri Osman adalah jalan terakhir setelah peluang berunding yang diambil  saya akui menemui jalan buntu. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna  rumah tangga yang kami bina selama sembilan tahun ini tidak boleh  diselamatkan lagi, cuma tiada jalan penyelesaian lain yang ditemui buat  masa ini. Saya yakin masih ada peluang untuk memulih dan menyelamatkan  rumah tangga ini, kerana ini adalah perceraian kali pertama dan berdasar  persetujuan kedua-dua pihak. Saya masih dalam tempoh idah dan kami  boleh rujuk semula. Perceraian bukanlah penamatnya.
Kami masih tidak putus asa mencari pendamaian walaupun tidak lagi  bergelar suami isteri. Saya terima hakikat bahawa perkara yang berlaku  ini menjadikan saya semakin dewasa dalam alam rumahtangga. Perpisahan  tidak menjadi penghalang bagi kami untuk menjalankan tanggungjawab  sebagai ibu bapa kepada anak-anak.
Perceraian bukan kesalahan dari segi agama ataupun undang-undang,  malah dihalalkan dalam Islam serta dibenarkan undang-undang mengikut  prosedur yang betul. Perceraian ini berlaku secara aman dan tidak perlu  dibesar-besarkan demi kebaikan bersama antara saya dan Adzmin. Kami  memilih keputusan ini atas dasar memulihkan kerukunan rumahtangga  setelah kaedah membaiki dari dalam tidak berhasil. Sampai masanya kami  mencuba kaedah membaiki dari luar pula. Seperti yang tertulis dalam  Al-Quran, ‘Tasrihun bi ihsan’ yang bermaksud bercerai demi kebaikan.
Saya yakin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Ia mendewasakan  saya dalam menempuhi perjalanan hidup menempuhi alam rumah tangga.  Peluang untuk rujuk dan kembali menjadi suami isteri masih terbuka  kerana perceraian bukanlah penamat. Selagi saya masih bernyawa,  perjuangan saya belum selesai.
Kami tetap bersahabat baik dari dulu sampai bila-bila, tempoh idah  ini memberi peluang kepada kami untuk berfikir secara rasional. Adzmin  masih mengambil berat diri saya dan mengambil tahu akan keperluan saya,  seperi nafkah dan lain-lain. Kami tahu silap masing-masing, dan kasih  sayang kami tidak pernah luntur.
Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang memahami dan banyak  bersabar dengan situasi ini. Harapan saya agar semua pihak sama-sama  mendoakan kebahagiaan saya dan Adzim meskipun kami kini berada dalam  bahtera yang berbeza. Mungkin satu hari nanti, siapa tahu, kami akan  kembali berkongsi satu bahtera yang sama.
Doakanlah kami.
Yang benar,
Raja Azura
diambil dari gua.com.my

6 comments:
ramainyer yg bercerai berai skrg kan
ermm. lpas sorg2. :((
Alhamdulillah kalu kak engku kata macam tu..yelah sebab beliau dah pergi jumpa kauselor..jadi mereka dah berusaha...mungkin sebab artis jadi ramai tgk artis bercerai...org awam pun ada gak..tapi tak kan tiba2 nak masuk media plak..nanti org kata kecok
macam-macam....
kuman..."blogwalking power" entry
aminn...nak kak Engku rujuk semula...mudah2an mereka bersatu semula...
takut bila pikirkan tittle j
Post a Comment