NAK BERHENTI ROKOK...
Kita selalu dengar ayat dari seorang perokok yang berbunyi, nak berhenti merokok tapi tak dapat, macam mana nak berhenti merokok, dah cuba untuk berhenti tapi tak berjaya dan macam-macam lagi la. Tak tahulah mereka betul-betul memang nak berhenti atau sekadar bercakap aje! Kepada perokok, jom baca.
Macam-macam cara sebenarnya. Macam adik saya yang nak berhenti merokok tapi macam tak sepenuh hati, dia gunakan niquitin. Tapi terpulanglah kepada individu. Disini ada sedikit tips bagi anda yang ingin ucap selamat tinggal kepada rokok...Pertama
Buang semua pemetik api kepunyaan anda. Jangan biar ia berada di depan mata anda.
Kedua
Tenangkan fikiran. Fikiran yang berserabut buat rasa nak merokok aje. Sebab tu biasa dengar perokok ni hisap rokok sebab tension..
Ketiga
Minum banyak air. Sepanjang 3 minggu pertama, sila la sentiasa bawa botol air ke manapun anda pergi.
Keempat
Elakkan dari makan makanan pedas. Ia hanya mendorong anda kepada keinginan menghisap rokok kononnya untuk menghilangkan rasa pedas.
Jom cuba dan katakan TIDAK kepada rokok!
1 comments:
adoiii~~lagi aku sebut nak berhenti..lagi kerap aku smoking
kuaang..kuanggg..hakhakhak
Post a Comment