Rata-rata blog yang saya kunjungi membuat entry mengenai perlawanan merebut Piala Suzuki antara Malaysia dan Indonesia malam ini. Tapi apa yang ingin saya kongsikan tak ada kena-mengena langsung dengan Piala Suzuki tetapi mengenai sikap pemandu wanita. Wahai wanita, jangan melenting. Bukan nak kondem anda kerana saya juga wanita.Saya tertarik nak kongsikan perkara yang baru berlaku di depan mata saya beberapa jam yang lalu. Seorang wanita sedang memandu kereta di atas jalan di depan deretan kedai. Jalan kat situ luas, boleh lalu 2 kereta dalam 1 masa dan jalan tu adalah one way. Tiba-tiba ada sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki yang tadinya berhenti depan kedai dan tiba-tiba jalan. Ya salah lelaki tersebut kerana tak pandang belakang sebelum jalan. Apa yang ingin saya katakan adalah sikap pemandu wanita tadi. Jalan yang agak luas [pada perkiraan saya] tak menjejaskan walaupun lelaki tadi masuk secara tiba-tiba. Mungkin anda terkejut atau marah, anda boleh hon, tapi perlukah tekan hon ikut perasaan sampai bingit 1 kawasan? Piiiittttttttttttttttttttt!!!! Dan lelaki tadi, mungkin ego, mungkin panas telinga, mungkin tercabar dan lain-lain bertindak mengangkat jari hantunya [fuck] kepada wanita tadi. Wanita tu pulak taknak mengalah dan hon lagi. Lelaki ni memberhentikan motor dia dan dengan lantang tanya, apahal?sikit punya hal pun kau nak hon camtu ke? Wanita tu jawab, dah kau bodoh sangat!
Aduh wanita, kita ni wanita. Tolong jangan buat macam tu. Nasib baik lelaki tu jenis macam tu. Macam mana kalau lelaki tu jenis samseng jalan raya? Adakah hal ni akan berhenti macam tu saja? Ya negara kita ada undang-undang. Apa susah, buatlah report polis. Tapi itu kalau report kita lengkap, senang polis jalankan tugas. Kalau tak lengkap? Agak-agak kalau cermin kereta anda tadi kena pecah dan muka anda kena baling dengan helmet, agak-agak sempatkah anda nak "tangkap" nombor plat motor tu? Ya memang kejadian tu di tengah orang ramai. Tapi berapa ramaikah rakyat Malaysia yang sanggup menghulurkan bantuan apabila kita diserang samseng? Bukankah lebih ramai yang jadi tukang tengok pastu blah sebab takut keselamatan diri terancam? Wahai wanita, fikirlah. Pada saya, lebih baik wanita tadi tekan hon sekali saja dan hon yang pendek bukan yang sepanjang-panjangnya untuk memberitahu/menegur lelaki tadi. Dan rasanya fenomena biasa kalau penunggang motosikal angkat jari hantu. Tak perlulah anda rasa tercabar dan tekan hon lagi. Diam sudahlah. Pada saya diam lagi baik dari terus mencabar kelelakian manusia yang sememangnya lelaki. Betul tak?

2 comments:
betol2. kadang-kadand bila marah, kita jarang berfikir panjang. aku pun selalu berfikiran singkat
betul .
sabar itu separuh daripada iman
=)
Post a Comment