SETIAP KLIK ANDA MEMBAWA MAKNA YANG BESAR KEPADA SAYA

Thursday, September 16, 2010

SENARIO ASAM GARAM


Semua sedia maklum hari ini Hari Malaysia, cuti umum. Ramai yang ambil kesempatan keluar beraya atau bersiar-siar. Sama juga saya, pergi bersesak-sesak ke Mid Valley untuk menonton filem kita, Senario Asam Garam. Korang dah tonton ke belum filem ini? Apa agaknya pendapat korang?  
Pendapat saya, sia-sia saja saya tengok movie Senario Asam Garam. Korang tahu kan macam mana keadaan kaunter tiket kat Mid Valley? Dia punya barisan pusing sana pusing sini sampai depan kaunter aiskrim mc'd lagi! Saya tabahkan hati beratur. Dalam hati nak tengok 4 Madu atau Senario Asam Garam. Tapi 4 Madu seat full. Ok la tengok Senario la. Bila start movie, hampeh! Ingatkan mula-mula aje dia agak 'slow' tapi sampai habis cerita slow! Lawak pun tak macam lawak! Percayakah korang dalam panggung wayang yang agak penuh, sunyi sepi aje panggung tu sampai cerita habis. Tengok cerita komedi, langsung tak ada orang gelak! Apakah tandanya? Kita fikirlah sendiri. Hingga masa keluar dari panggung wayang, terdengar la suara-suara yang kata "pasni apa2 cite senario kena black list". Apa yang tak kena? Adakah kerana terlalu banyak filem Senario hingga tak ada idea dah buat lawak? Entahlah.. Apa kata korang tengok sendiri dan nilaikan filem ni. Mungkin bagi saya hampeh kerana saya mengharapkan lawak-lawak yang betul lawak macam dalam filem-filem terdahulu, bukannya lawak bodoh... Opsss!

3 comments:

Unknown said...

cter ni kureng mnarik bg aku..
jln cter simple sgt
lawk cm besa jer

tqa.awesome said...

erm macam dah bole agak dah.
so tipikal.
=.=

S Y A Z A said...

humm.. bule ar..
biase2 jerk...
tajuk senario tp plak0n senario nye 2 org jerk..
x besh cm dLu..