Kisah panas rumah tangga  Roslin Hashim,35,  berakhir selepas Mahkamah Rendah Syariah di sini, mengesahkan lafaz cerai yang dilafazkannya terhadap Norhayati  Othman,38,  kira-kira sebulan selepas perkahwinan. 
Hakim Syarie  Wan Mahyuddin Wan Muhammad mensabitkan lafaz talak  berbunyi “I cerai you-lah” yang dilafazkan Roslin,   pada pukul 8.32  malam, di bilik nombor 533, Hotel Corus, di sini, sebagai lafaz yang  jelas ditujukan kepada Norhayati. Hakim juga berkata, mahkamah melihat perceraian ini sebagai sesuatu yang menyedihkan dan  mengejutkan banyak pihak kerana berlaku dalam jangka masa yang singkat.  Apatah lagi, perkahwinan ini berlaku di hotel dan juga berakhir  di  hotel.Berhubung dakwaan Roslin bahawa wujud unsur paksaan sehingga dia  melafazkan cerai, Wan Mahyuddin memutuskan dakwaan itu tidak diterima  memandangkan ia hanyalah paksaan lisan yang tidak mendatangkan  kemudaratan. Wan Mahyuddin turut menyelitkan peringatan buat Roslin dan umat Islam  supaya tidak melafazkan cerai di luar mahkamah untuk mengelakkan  kemudaratan, selain perkara yang paling dibenci oleh Allah itu  seharusnya dibuat dalam keadaan yang harmoni.


1 comments:
meroyan
Post a Comment