SETIAP KLIK ANDA MEMBAWA MAKNA YANG BESAR KEPADA SAYA

Sunday, October 31, 2010

KELANTAN CIPTA SEJARAH

 
Tahniah kepada pasukan Kelantan kerana telah menjadi juara. Gelaran Juara Piala Malaysia memang telah lama diidamkan. Akhirnya Red Warrior menjadi JUARA dengan kemenangan 2-1.


Saya taknak cakap pasal kealpaan atau kecuaian pemain tapi pada saya, kehadiran penonton memberikan impak kepada pemain. Rata-rata penonton yang membanjiri stadium adalah penyokong Kelantan. Dengan sorakan dari penyokong Kelantan "Gomo Kelate Gomo" menaikkan semangat juang para pemain Kelantan. Disitu secara tidak langsung membuatkan pemain Negeri Sembilan sedikit goyang-gugup. Ditambah pula pada separuh masa kedua, penguasaan Negeri Sembilan tersentak bila Kapten gantian mereka, Aidil Zafuan mengalami kecederaan lutut  yang sama seperti dihadapi adiknya, Zaquan Adha iaitu kemungkinan kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) memberikan kelebihan pada Red Warrior.

Tahniah kepada Red Warrior. Tak sia-sia penyokong Red Warrior turun dari jauh kerana berbaloi. Tahniah sekali lagi.

7 comments:

Unknown said...

gomo kelate gomo..nak lawan ngan sorakan penonton perlukan mental yg kuat x semua ada nie..mau tau arrr..
Aku Menang Teka Contest Ben Ashaari

:) said...

tahniah kelantan..papepun,pnykng byk memainkan peranan:)

aJa said...

wahh...suke kelantan mng!

cik ayin said...

gomo kelate gomo ^_^

Cikgu Nurin said...

suke budu jer....

Zasillah Ariffin said...

tahniah red warrrior =))

QaRaMi HasHim said...

tahniah klate..
kawe banggo sma..

singgah my blog k..
be a follower...
:)