SETIAP KLIK ANDA MEMBAWA MAKNA YANG BESAR KEPADA SAYA

Saturday, January 29, 2011

PUTUS CINTA???

Anda pernah putus cinta? Saya rasa kebanyakan orang yang pernah bercinta pernah rasa sakitnya putus cinta. Saya bukan nak cakap pasal kes Fasha Sandha dan Jejai mahupun Diana Danielle dan Farid Kamil. Tapi nak cakap apa puncanya putus cinta? Bolehkah orang ketiga dijadikan punca?Pada saya, jika pasangan bercinta yang putus cinta kerana salah seorang TERjatuh cinta pada orang lain, punca putus cinta itu bukan kerana orang ketiga tapi kerana kekasih tak setia! Tapi kenapa kebanyakan orang yang putus cinta menyalahkan orang ketiga? Kenapa tak salahkan kekasih anda mahupun diri anda sendiri? Pada saya, punca putus cinta adalah kerana tiada kejujuran, tiada kesetiaan mahupun tiada kesefahaman bukannya kerana orang ketiga. Jadi tolonglah jangan nak salahkan orang lain jika putus cinta kerana yang salahnya adalah kekasih anda atau anda sendiri kerana bertepuk sebelah tangan tak berbunyi. Tiada istilah siapa menggoda kerana persoalannya siapa yang tergoda??? Jeng jeng jeng... :)

8 comments:

nidus2 said...

Tak boleh komen sebab tak pernah bercinta...huk3.

fiz mr.beloved said...

down giler bila putus cinta..skrg single is better..

Unknown said...

bila putus wat tak tau boleh taks?

eZmALiZa said...

mmg sedih la kalo putus cinta..seelok2nye, hargailah mereka selagi mreka masih setia. :)

SYAFIQAHSALEH said...

mesti ada hikmah atas setiap kejadian yang melanda :)

tiqa ramlan said...

semua psti ade hikmah.. yang penting redh.. :)

Anonymous said...

2mmg btol ade hikmah...
sy penah ade sorang gf nie.
mmg sy syg die sgt2 sampai kan bwk alik umah,tunjuk kat family,bwk gy family day kiteowg..huh tp sampai mase kami berdua putus hubungan..dlm mase 1 bln jew die dh ade peganti tok sy..huh senang gyle an an..bg saya,saya xsalahkan pihak yg ketiga 2 ..pada pemikiran saya jika btol ex gf saya setia,jujur,ikhlas pada saya die xkan wat mcm 2 kat sy..ingatan sy mmg xle nk lupekn die,sbb sy btol2 sayangkan die tp sy dh amix keputusan walaupon dia dtg balik pada saya,saya xkn menerima die lagi..kerna saya btol2 rase malu pada diri sendiri...

papadam said...

Pasti ada hikmahnya. Mungkin sedih tahap gaban pd ketika itu. Tp, suatu ketika, kita akan bersyukur kerana Allah telah merencanakan sesuatu yg jauh lebih baik utk kita. Pada masa itu, terasa alangkah bodohnya diri jika di saat kelukaan dulu melakukan perkara2 yg negatif.