Kisah Fasha Sandha berbikini di Bali ketika bercuti baru-baru ini bukanlah isu yang baru. Dah agak "lama" diperkatakan tetapi masih panas menjadi topik perbualan masyarakat. Di tambah isu teman rapat Fasha yang diserang oleh peminat Fasha dan ibu Fasha sendiri kononnya beliau penyebab semua ini kerana mengupload gambar percutiannya dengan Fasha ke akaun facebook miliknya. Persoalannya, salahkah beliau? Kenapa beliau dipersalahkan?
Dengan sekelip mata, nama Shazwani menjadi bualan ramai. Wajahnya ada di dalam akhbar. Sedangkan beliau bukan selebriti. Sekelip mata menjadi glamor kerana beliau dikatakan punca Fasha Sandha dikecam kerana berbikini semasa bercuti. Percutian penuh kontroversi kerana dikatakan Fasha membawa hati yang lara akibat cemburu, ditambah isu bikini. Saya bukan nak menunding jari siapa salah, siapa benar. Hanya mereka yang tahu cerita sebenar yang tahu. Kita sebagai peminat, hanya memerhati. Pada pendapat saya la, siapa tak kenal Fasha Sandha? Pelakon yang popular di negara kita. Pada saya, Fasha adalah selebriti. Pergi mana-mana orang akan tahu. Apa Fasha buat, apa Fasha pakai, semua orang ambil tahu. Jadi sebagai public figure, perlukah Fasha berbikini? Umpama berani buat, berani tanggung. Benda dah jadi, jadikan pengajaran. Lagi baik jangan berbikini terus. Besar impak facebook dalam kehidupan seharian. Upload gambar ke facebook, 1 dunia boleh tengok. Nak selamat, jangan ambil gambar yang bukan-bukan. Kepada peminat Fasha Sandha, sudah-sudahlah tu. Tak payah nak menunding jari kepada sesiapa. Fasha sendiri pun dah cakap bukan salah Shazwani sorang, Fasha pun salah. Kira ok apa.. Mungkin pasni Fasha boleh ubah imej dari seksi yang bagi saya keterlaluan kepada yang bersopan sikit. Sejuk mata tengok Fasha berlakon drama Chinta.. Tak gitu?SETIAP KLIK ANDA MEMBAWA MAKNA YANG BESAR KEPADA SAYA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
m'jatuhkan maruah je..igtlah aurat wanita n sebagai seorg islam xpatut pakai2 cm2..semoga dia berubah!
masalah skang bukan sebab die artis ke ape....masalah skang dosa...jgn smpi Allah trunkan bala pd kite sume...nauzubillah
bukan salah sapa tp kenapa nak pakai mcm tu tak kirala kat mana pun....
mak dia kata kalo bukan kat malaysia xpe...... nasib baik nak dia x join pakai sama. opsss
MMG SALAH. wt jht tp kantoi.
euwww fasha..annoying laaa.........
semua org buat silap,bila dia bertaubat nanti maybe dia lebih baik dari kita.harapan saya dia cepat bertaubat.
tak tau lah aku nk cakap apa pasal dia ni..makin lama makin terusk..sonok tgk dia berlakon cite kt tv3 dl tu..ms mula-mula je minat skrg dah meluat tgk dia..
meluat hapeh tengok dia. nak tunjuk yang dia sorang aje pakai bikini. tunjuk atas bawah. bodoh !
Post a Comment