SETIAP KLIK ANDA MEMBAWA MAKNA YANG BESAR KEPADA SAYA

Sunday, April 10, 2011

BUKAN CINTA BIASA

Teringat lagu Bukan Cinta Biasa nyanyian Datuk Siti Nurhaliza. Antara lirik dia,
Begitu banyak cerita
Ada suka ada duka
Cinta yang inginku tulis
Bukanlah cinta biasa

Dua keyakinan beza
Masalah pun tak sama
Ku tak ingin dia ragu
Mengapa mereka selalu bertanya

Cintaku bukan diatas kertas
Cintaku getaran yang sama
Tak perlu dipaksa
Tak perlu dicari
Kerna kuyakin ada jawabnya oh...
Andai ku bisa merubah semua
Hingga tiada orang terluka
Tapi tak mungkin
Ku tak berdaya
Hanya yakin menunggu jawapnya
Bukan nak cakap pasal lagu ni. Tapi pasal bukan cinta biasa TAPI cinta luar biasa. Cinta yang bukan di atas kertas, bukan di bibir malah bukan lekat di hati.
Kenapa bercinta kalau hanya nak ambil kesempatan? Eh please la, awak tu baru jadi kekasih saya, takkan semua benda termasuk duit gaji saya tiap2 bulan pun awak yang kontrol? Kalau dah jadi suami@isteri pun, tak ada istilah duitmu duitku jua tau! Awak tahu saya cintakan awak separuh mati, saya sayangkan awak melebihi saya sayangkan mak bapak saya dan awak tahu saya sanggup hidup susah asalkan awak senang. Nak beli kereta, saya tanggung atas nama awak. Rumah pun tiap bulan saya bayar walaupun tu rumah awak. Saya pakai baju cap pasar malam aje tapi baju awak Polo la, Levi's la dan macam2 lagi. Ada saya kisah? Tapi rupanya awak tikam saya dari belakang. Awak kebas semua duit gaji saya setiap bulan untuk kesenangan awak yang nak jadi anak orang kaya celup sampai saya sendiri hidup merempat. Mengharapkan belas kasihan family saya. Rupanya cinta awak bukan atas kertas, bukan pada saya tapi pada duit saya!!! Sampai hati awak. Tak takut ke hukum karma? Tunggulah pembalasan dari Allah. Kalau bukan awak yang terkena, pasti ada keturunan awak yang terkena. Ingatlah Allah Maha Adil.

P/S :- Bukan kisah tuan blog apayangpanas tapi kisah seorang sahabat karib yang dianiaya. Semoga menjadi teladan. Bercinta biarlah perpada2. 

10 comments:

selera4u said...

harap2 tuhan balas dia cash. saya juga kenal seorang kaki kikis, pencuri, penyangak, perompak etc macam ni.... kalo hasil curian tu, dia bg kat mak dia kat kampung tu, kesian orang tua tu. sedarlah diri.... semua org pandang awak mewah, kaya raya... rupa2nya awak pengikis durjana. bukan pasangan sahaja yg susah, malah seluruh familynya pun ko susahkan. Ya Allah, mohon bagi balasan cash padanya. kasihanilah org2 yg teraniaya....

cacing said...

mak datok... lelaki macam hampas kelapa ni pun ada... haish.. wahai kaum hawa, tolong jangan cepat percaya pada rayuan lelaki2 sehingga beliau sah menjadi suami anda.. maaf jika terkasar bahasa, kawan sedari tu mmg sudah buta hatinya dengan cinta, cinta yang tidak lansung berlandaskan agama, jadi itulah padahnya... cacing amik kisah kawan sedari ni sebagai panduan hidup cacing... moga cacing tak jadi lelaki macam ni =)

sayang-you said...

>>selera4u<<
semoga dibukakn pintu hati org yg awk kenal tu.kesian kalau kena pada keturunan dia.menangis pun tak guna :)

sayang-you said...

>>>cacing<<<
sama2 ambil ikhtibar dan jadikan pengajaran.semua perbuatan kita ada balasannya..

Elie Lily said...

what goes around, comes around..

Zeanne said...

jangan aniaya orang.hehe:)

syairahmohdanuar said...

sweetnya entry nie >.<

selera4u said...

what goes around, comes around.. harap2 dapat balasan. er.... in my case, pengikis tu, pompuan. Huh! Menci!

Qutiq Ishanee said...

yeahhh, what goes around comes around

Artzlizan said...

wah...ini tak boleh dimaafkan...!