SETIAP KLIK ANDA MEMBAWA MAKNA YANG BESAR KEPADA SAYA

Wednesday, July 21, 2010

SIKAP MANUSIA

sentiasa berusaha mencari salah orang lain

Sekadar kisah benar utk renungan kita bersama supaya boleh dijadikan ikhtibar. Manusia, tidak kira pangkat, sesetengahnya berpenyakit hati yg kronik. Diorang ni dengki, tak boleh tgk org senang, tak boleh tgk org lebih sikit dari dia dan lain2 yg negatif. Ni kisah I sendiri. I berniaga makanan. Ada 1 golongan profesional yg jadi pelanggan tetap I setiap hari. Sakit diorang ni dah kronik sgt sampai tak ade penawar. Hanya tunggu "jalan" aje. Ada 2 org yg jadi duri dalam hati I ni. Hari2 diorang mengata I dgn dasyatnya. Mengkritik masakan I. Katanya bila mkn rase loya la, rase nak muntah la. Tp orang lain mkn OK aje? Habis aje lauk I. Tp yg lebih hairan bin ajaib, dah kalau dia rasa camtu, knp dia tetap jugak makan kat tempat I? Ada kereta, start enjin dan blah la makan tempat lain. Atau kalau dia masak sedap sangat, masak sendiri, bawak ajelah bekal! Tak rugi I hilang customer mcm dia sebab kalau dia ada, dia sibuk duk canang masakan I itu la, ini la pada customer lain. Atau jelasnya, nak buat I hilang customer. Nk tutup "periuk nasik" I. Busuknya hati manusia2 ni. Kalau dah tak ngam, tak suka, dipersilakan jgn mkn lg. Semoga dtglah kesedaran pd dia sebelum dia "pergi" tak kembali sebab umur pun bukan muda lg dan semoga I sendiri tabah menghadapi dugaan. Buat renungan reader, kalau dah tak suka, pegi aje tempat lain. Musuh jangan dicari kan kan kan?

Baca seterusnya......

setiap tahun meningkat

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia [Jakim] melaporkan terdapat 81000 anak luar nikah yg didaftarkan di Malaysia skrg ni. Tu yg didaftarkan, yg tidak berdaftar pulak berapa? Menakutkan! Peningkatan berlaku setiap tahun. Tahun 2009 saje, anak luar nikah yg didaftarkan adlh 17303. Anak luar nikah ialah bayi yg dilahirkan hasil perkahwinan yg tidak sah, anak dari hasil hubungan luar nikah ataupun anak yg dilahirkan hasil dari pernikahan yg tak didaftarkan mengikut undang2 negara kita. Bayi yg dilahirkan kurang dari 6bulan mak bapak dia nikah pun termasuk dlm kategori anak luar nikah [seksyen 13 akta 299]. Salah siapa semua ni? Kurang kesedaran? Terlalu bebas? Kurang didikan agama? Sama2 kita renungkan..

Baca seterusnya......

remaja melayu di bandung

Tak habis2 pasal anak gadis kita ikut lelaki Lombok atau lebih jelas dilarikan oleh lelaki Lombok. Lepas ramai gadis2 yg tlh berjaya diselamatkan oleh pihak2 tertentu melahirkan kekesalan atas tindakan kurang bijak itu, masih ade jua gadis yg belum ambil ikhtibar dari kes2 begitu. Terbaru gadis berusia 18 tahun, Nurhidayah Sahari @ Dayah yg "hilang" ikut lelaki Lombok. Gadis tersebut dilaporkan dah call ayah dia bagitahu dia skrg ada kat Bandung, Indonesia. Cekap kan lelaki2 Lombok ni? Walaupun dah berusaha utk menghalang diorang dari keluar dari negara ini, diorang tetap dapat keluar jugak dan Dayah dilaporkan dah 3 hari berada di Bandung...

Baca seterusnya......

linda onn di usia 33 tahun

Ni salah sorang personaliti yg wajar dijadikan idola. Di usia menghampiri 33 tahun, Linda mampu tersenyum senang melihat hasil titik peluhnya. Memiliki 2 rumah mewah bernilai dekat2 RM3 juta dan 5 buah restoran kat Lembah Klang.
Mak aii berbaloi la segala penat lelah Linda. Tp I suka 1 sikap Linda ni, dia jujur bagitahu dlm mencari suami, bukan pangkat atau harta yg dia kejar. Cuma nak biarlah yg ada life yg stabil. Jgn krn Linda ni layak digelar jutawan, maka segala perbelanjaan isi rumah, Linda yg tanggung. Sesetengah org tak berani la nk ckp terang2 nk yg stabil d.l.l selalunya ckp terima seadanya.. Ayat selamat...

Baca seterusnya......


sedia bayar gaji paul RM16k sebulan

Hah biar betul nak bayar gaji kat sotong??? Tp ni la yg terjadi. Lepas Paul berjaya meramalkan Piala Dunia 100% tepat, syarikat pertaruhan dr Rusia, Bet League turut berminat nak beli sotong peramal tu dan bersedia nak bayar gaji sebanyak AS$5,000 [RM16,000] sebulan kat sotong tu. Dia kata sotong tu akan jadi salah 1 dari dari 120 pekerjanya.. Apa la sotong tu nak buat dgn gaji sebanyak tu kan?

Baca seterusnya......